AkhbarDaily

Portal Berita Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Ringkas

SPR terima 159,123 permohonan baru

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menerima 159,123 permohonan untuk mendaftar sebagai pemilih baru dalam tempoh antara Oktober hingga Disember lalu dan senarai nama mereka akan dipamerkan di 853 tempat yang disediakan selama seminggu, mulai hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said dalam kenyataan media semalam berkata, SPR turut menerima 54,920 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih dalam tempoh itu, yang akan turut dipamerkan bersama senarai pemilih baru terbabit.

Katanya, antara tempat pameran adalah pejabat pilihan raya negeri (14), pejabat pos berkomputer (417), kompleks atau pejabat kerajaan (54), pejabat daerah atau pejabat tanah (157), majlis daerah atau perbandaran (44), dewan serbaguna, rukun tetangga dan balai raya/penghulu/dewan (155) serta tempat lain (12).

Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie

KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.

Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Sabtu 12 Januari 2008

03 Muharam 1429

 

bullet

Sukan

Newcastle hadapi tugas berat bendung Man United

Berita Utama

bullet

Adun Tenggaroh mati ditembak dalam lif

 

Nasional
bullet

‘Tidak perlu pilihan raya Tenggaroh’

bullet

Klip video: Dr Mahathir, Mohamed Dzaiddin terima sapina

bullet

Pemimpin Bersih diheret ke mahkamah untuk pendakwaan

bullet

Pas hanya sasar kerusi dimenangi pada 1999

 

Dalam Negeri
bullet

Usaha cari Syarlinie, suspek masih buntu

bullet

40,000 pekerja awam kontrak hadapi risiko hilang kerja

bullet

Cuepacs mahu boikot roti canai

bullet

Rompakan RM1 juta ‘ala koboi’

 

Luar Negara
bullet

Pervez anggap AS penceroboh jika masuki wilayah Pakistan untuk memburu Osama tanpa izin

bullet

Gagal bayar bil: Talian telefon FBI dipotong

bullet

Penduduk Baghdad terkejut dilanda salji

 

Rencana

bullet

Rashid sudah boleh berhenti

bullet

Cari keberkatan menerusi sedekah

bullet

Episod Chua Soi Lek: Takkan pemimpin MCA saja perlu letak jawatan?

 

Sukan

bullet

Anelka sah milik Chelsea

bullet

Klinsmann ganti Hitzfeld latih Bayern Munich

bullet

Newcastle hadapi tugas berat bendung Man United

bullet

McClaren ingin latih pasukan Liga Perdana

 

 

Sabtu | 12 Jan
LONDON: Selepas Sam Allardyce dipecat oleh Newcastle United, Pearson, sebagai penolong pengurus pasukan, suka atau tidak, telah ditugaskan untuk mengembalikan keyakinan dan semangat para pemainnya yang mungkin terjejas dengan pergolakan terbaru dalam pasukan tersebut.

Malangnya, Newcastle akan berkunjung ke Old Trafford hari ini. Itu bermakna seterunya ialah Manchester United. Pengurus pasukan itu pula ialah Sir Alex Ferguson.

Pearson barangkali lebih selesa jika dalam kedudukan seperti itu, Newcastle beraksi di Stadium St James' Park dan seterunya pula adalah pasukan seperti Derby atau Fulham, dua pasukan yang terkial-kial dalam Liga Perdana England.

Malangnya, pergolakan dalam pasukan Newcastle berlaku menjelang menentang United.

Bayangkan dengan Wayne Rooney kembali cergas, Carlos Tevez berharap dapat pulih sepenuhnya menjelang pertemuan ini, Cristiano Ronaldo sentiasa mengancam dan Louis Saha juga tidak kurang ghairah untuk beraksi, United adalah pasukan yang sungguh berbahaya.

Yang menjadi pertanyaan bagaimana Newcastle dapat membendung asakan ganas United jika pasukan itu sekadar mampu seri 0-0 dengan Stoke dalam pertandingan Piala FA England.

Tetapi yang aneh tentang Newcastle, mereka bukan tidak mempunyai kualiti dalam pasukan itu.

Jika dilihat kesebelasan yang seri dengan Stoke. Newcastle mempunyai Shay Given, Nicky Butt, Damien Duff, Michael Owen, Alan Smith dan Mark Viduka. Berpengalaman dan teruji.

Tetapi di bawah pimpinan Allardyce, Newcastle tetap muncul sebagai pasukan biasa-biasa sahaja.

Ini ada kaitan dengan pendekatan Allardyce yang lebih menitikberatkan corak permainan hantaran jauh dan tinggi sebagaimana yang dilakukan dengan pasukan Bolton Wanderers.

Yang ketara, para pemainnya benci dengan corak permainan yang dianggap negatif itu.

Ini berbeza daripada corak permainan United. Mereka mengatur serangan melalui gerakan leret.

Pendekatan seperti itu lebih berbahaya, lebih mengancam dan lebih sukar untuk dibendung oleh seteru mereka.

Tetapi pemilik baru Newcastle, Mike Ashley, pasti dapat memaafkan Pearson jika beliau gagal mengubah nasib pasukannya.

Sebab Ashley sedar sepanjang 22 tahun Ferguson memimpin United, Newcastle telah mempunyai 10 pengurus pasukan. Ini tidak termasuk pengurus pasukan sementara.

Dan sepanjang tempoh itu, United telah menjulang Piala Eropah, menjuarai Liga Perdana England sebanyak sembilan kali, memenangi Piala FA England sebanyak lima kali dan Piala Liga dua kali.

Sepanjang 22 tahun itu, Newcastle gagal memenangi apa-apa.

Justeru, jika Newcastle, yang sedang menduduki tangga ke-11, kecundang dalam pertarungan ini, ia adalah keputusan yang dijangkakan.

Yang menjadi pertanyaan, siapa sahaja memimpin Newcastle, nasib pasukan itu seperti tidak berubah. Tidak tahu kenapa.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Saturday January 12, 2008 09:18:19 AM +0800.