|
SPR terima 159,123 permohonan baru
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menerima 159,123 permohonan untuk
mendaftar sebagai pemilih baru dalam tempoh antara Oktober hingga Disember lalu
dan senarai nama mereka akan dipamerkan di 853 tempat yang disediakan selama
seminggu, mulai hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said dalam kenyataan media semalam berkata,
SPR turut menerima 54,920 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi
daripada pemilih dalam tempoh itu, yang akan turut dipamerkan bersama senarai
pemilih baru terbabit.
Katanya, antara tempat pameran adalah pejabat pilihan raya negeri (14), pejabat
pos berkomputer (417), kompleks atau pejabat kerajaan (54), pejabat daerah atau
pejabat tanah (157), majlis daerah atau perbandaran (44), dewan serbaguna, rukun
tetangga dan balai raya/penghulu/dewan (155) serta tempat lain (12).
Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie
KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan
semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah
suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.
Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal
jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang
di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.










| |
|
Sabtu
12 Januari 2008 |
03
Muharam 1429 |
 |
Nasional
|
|
Pas hanya
sasar kerusi dimenangi pada 1999
|
Berita Utama
Nasional
Dalam Negeri
Luar Negara
Rencana
Sukan
|
|
Sabtu | 12 jan
TUMPAT: Pas yang sebelum ini mendakwa mampu memenangi 40 kerusi Parlimen
pada pilihan raya umum ke-12 akan datang, kini meletakkan sasaran hanya
untuk mengurangkan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN).
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata parti itu mensasarkan
menguasai 27 kerusi Parlimen, menyamai jumlah kerusi dimenanginya pada 1999
kerana ia banyak bergantung kepada isu semasa dalam negara.
Katanya, tumpuan Pas pada pilihan raya umum nanti ialah mempertahankan
Kelantan, menawan kembali Terengganu serta menguasai Kedah menerusi
kemenangan ke atas kerusi yang pernah menjadi miliknya pada 1999.
“Kita yakin sekurang-kurangnya dapat mengurangkan majoriti dua pertiga BN,”
katanya kepada pemberita selepas majlis pemimpin bersama rakyat - jalinan
mesra antara kaum peringkat Kelantan di Pantai Seri Tujuh, di sini, semalam.
Hadir sama, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pada Pilihan Raya Umum 1999, Pas meraih 27 kerusi Parlimen, berbanding hanya
tujuh yang dimenanginya pada 1995. Bagaimanapun, pada 2004, parti itu hanya
memenangi tujuh kerusi Parlimen yang turut menyaksikan Abdul Hadi tewas.
Ogos tahun lalu, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwa Pas dapat
menguasai 40 kerusi Parlimen dengan tumpuan utama di Kelantan, Terengganu,
Perak, Kedah dan Selangor.
Ditanya faktor yang membolehkan Pas mampu memenangi semula 27 kerusi
Parlimen pada pilihan raya akan datang, Abdul Hadi berkata, ia bergantung
kepada isu semasa serta trend turun naik pilihan raya sejak 50 tahun lalu.
“Kalau kita lihat senario pilihan raya sejak merdeka, setiap penggal ada
turun naik... pada 1999 kita naik, 2004 kita menurun dan kita percaya
pilihan raya akan datang, kita akan melonjak semula sambil didukung oleh isu
dalam negara,” katanya.
|
|