AkhbarDaily

Portal Berita Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Ringkas

SPR terima 159,123 permohonan baru

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menerima 159,123 permohonan untuk mendaftar sebagai pemilih baru dalam tempoh antara Oktober hingga Disember lalu dan senarai nama mereka akan dipamerkan di 853 tempat yang disediakan selama seminggu, mulai hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said dalam kenyataan media semalam berkata, SPR turut menerima 54,920 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih dalam tempoh itu, yang akan turut dipamerkan bersama senarai pemilih baru terbabit.

Katanya, antara tempat pameran adalah pejabat pilihan raya negeri (14), pejabat pos berkomputer (417), kompleks atau pejabat kerajaan (54), pejabat daerah atau pejabat tanah (157), majlis daerah atau perbandaran (44), dewan serbaguna, rukun tetangga dan balai raya/penghulu/dewan (155) serta tempat lain (12).

Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie

KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.

Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Sabtu 12 Januari 2008

03 Muharam 1429

 

bullet

Nasional

‘Tidak perlu pilihan raya Tenggaroh’

Berita Utama

bullet

Adun Tenggaroh mati ditembak dalam lif

 

Nasional
bullet

‘Tidak perlu pilihan raya Tenggaroh’

bullet

Klip video: Dr Mahathir, Mohamed Dzaiddin terima sapina

bullet

Pemimpin Bersih diheret ke mahkamah untuk pendakwaan

bullet

Pas hanya sasar kerusi dimenangi pada 1999

 

Dalam Negeri
bullet

Usaha cari Syarlinie, suspek masih buntu

bullet

40,000 pekerja awam kontrak hadapi risiko hilang kerja

bullet

Cuepacs mahu boikot roti canai

bullet

Rompakan RM1 juta ‘ala koboi’

 

Luar Negara
bullet

Pervez anggap AS penceroboh jika masuki wilayah Pakistan untuk memburu Osama tanpa izin

bullet

Gagal bayar bil: Talian telefon FBI dipotong

bullet

Penduduk Baghdad terkejut dilanda salji

 

Rencana

bullet

Rashid sudah boleh berhenti

bullet

Cari keberkatan menerusi sedekah

bullet

Episod Chua Soi Lek: Takkan pemimpin MCA saja perlu letak jawatan?

 

Sukan

bullet

Anelka sah milik Chelsea

bullet

Klinsmann ganti Hitzfeld latih Bayern Munich

bullet

Newcastle hadapi tugas berat bendung Man United

bullet

McClaren ingin latih pasukan Liga Perdana

 

 

Sabtu | 12 Jan
KUALA LUMPUR: Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenggaroh berikutan kematian penyandangnya Datuk S Krishnasamy semalam tidak memerlukan pilihan raya kecil diadakan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor.

Beliau berkata, mengikut Perkara 54, Fasal 1 Akta Pilihan Raya, pilihan raya kecil tidak perlu diadakan sekiranya berlaku kekosongan selepas tiga tahun Parlimen penggal berkenaan mula bersidang dan dalam kes ini, tarikh genap tiga tahun itu ialah pada 17 Mei 2007.

“Namun, sekiranya kerusi dewan undangan negeri mempunyai majoriti yang sama banyak antara kerajaan dan pembangkang, pilihan raya perlu dibuat,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai kematian Krishnasamy yang ditemui dengan kesan luka tembakan dalam sebuah lif di bangunan MIC di Jalan Segget di sini, semalam.

Timbalan Pengerusi MIC Johor itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah pada jam 2.10 petang oleh Ketua Puteri MIC Johor, R Vithiyamohan.

Krishnasamy, yang juga anggota Jawatankuasa Pusat MIC, menjadi wakil rakyat Tenggaroh sejak pilihan raya umum 2004.

Beliau juga adalah Ketua MIC bahagian Labis.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Saturday January 12, 2008 09:18:19 AM +0800.