AkhbarDaily

Portal Berita Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Ringkas

SPR terima 159,123 permohonan baru

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menerima 159,123 permohonan untuk mendaftar sebagai pemilih baru dalam tempoh antara Oktober hingga Disember lalu dan senarai nama mereka akan dipamerkan di 853 tempat yang disediakan selama seminggu, mulai hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said dalam kenyataan media semalam berkata, SPR turut menerima 54,920 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih dalam tempoh itu, yang akan turut dipamerkan bersama senarai pemilih baru terbabit.

Katanya, antara tempat pameran adalah pejabat pilihan raya negeri (14), pejabat pos berkomputer (417), kompleks atau pejabat kerajaan (54), pejabat daerah atau pejabat tanah (157), majlis daerah atau perbandaran (44), dewan serbaguna, rukun tetangga dan balai raya/penghulu/dewan (155) serta tempat lain (12).

Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie

KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.

Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Sabtu 12 Januari 2008

03 Muharam 1429

 

bullet

Forum

Nyatakan secara jelas larangan cermin gelap

Berita Utama

bullet

Adun Tenggaroh mati ditembak dalam lif

 

Nasional
bullet

‘Tidak perlu pilihan raya Tenggaroh’

bullet

Klip video: Dr Mahathir, Mohamed Dzaiddin terima sapina

bullet

Pemimpin Bersih diheret ke mahkamah untuk pendakwaan

bullet

Pas hanya sasar kerusi dimenangi pada 1999

 

Dalam Negeri
bullet

Usaha cari Syarlinie, suspek masih buntu

bullet

40,000 pekerja awam kontrak hadapi risiko hilang kerja

bullet

Cuepacs mahu boikot roti canai

bullet

Rompakan RM1 juta ‘ala koboi’

 

Luar Negara
bullet

Pervez anggap AS penceroboh jika masuki wilayah Pakistan untuk memburu Osama tanpa izin

bullet

Gagal bayar bil: Talian telefon FBI dipotong

bullet

Penduduk Baghdad terkejut dilanda salji

 

Rencana

bullet

Rashid sudah boleh berhenti

bullet

Cari keberkatan menerusi sedekah

bullet

Episod Chua Soi Lek: Takkan pemimpin MCA saja perlu letak jawatan?

 

Sukan

bullet

Anelka sah milik Chelsea

bullet

Klinsmann ganti Hitzfeld latih Bayern Munich

bullet

Newcastle hadapi tugas berat bendung Man United

bullet

McClaren ingin latih pasukan Liga Perdana

 

 

SAYA musykil dengan kenyataan Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Salim Parlan dalam sebuah akhbar mengenai pelaksanaan penguatkuasaan sepenuhnya terhadap kesalahan cermin gelap pada semua jenis kenderaan di Malaysia bermula pada tahun ini.

Yang menjadi tanda tanya mengapa pihak JPJ tidak mengeluarkan satu bentuk hebahan undang-undang yang tepat, tegas dan berkesan mengenai peraturan dan jenis kesalahan ini dari dahulu lagi?

Mengapa tidak pihak JPJ bersama-sama dengan MITI, JKJR, Puspakom, PDRM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna duduk bersama berbincang mengatasi kebuntuan permasalahan kesalahan ini dari peringkat akar umbi lagi?

Tambah tidak masuk akal apabila penguatkuasaan kononnya hanya dapat dijalankan selepas JPJ memperoleh alat penguji baru yang dikenali Auto Light Plus yang berharga RM100,000 setiap satu.

Dengan kos sebanyak RM15 juta untuk 150 buah alat baru ini, maka para pengguna kenderaan bercermin gelap sama ada yang sudah dipasang siap atau dipasang kemudian tanpa mengetahui spesifikasi sebenar dan tepat akan menjadi mangsa ketidakadilan untuk jenis kesalahan ini.

Ini terbukti dengan model kenderaan baru dan terpakai yang dibawa masuk terus oleh pengedar dan pengimport kenderaan di negara ini, kebanyakannya dari Jepun telah siap dipasang dengan cermin jenis gelap.

Cermin-cermin ini bukanlah ditampal dengan lapisan pelekat cermin gelap tetapi spesifikasi cermin itu sememangnya sudah gelap manakala pada kenderaan lain ia telah dipasang dengan lapisan pelekat cermin berwarna hitam dan pelbagai lagi jenis warna.

Maka dengan itu para pembeli yang kurang arif dengan peraturan JPJ ini akan menjadi mangsa keadaan akibat daripada tiadanya garis panduan atau mekanisme hebahan undang-undang dengan tepat dan telus.

Pengguna akan terus ditipu bulat-bulat oleh para peniaga yang menjual lapisan pelekat cermin gelap yang kononnya telah mendapat sijil kelulusan serta pengiktirafan daripada badan atau bahagian penguji sama ada di peringkat Malaysia dan antarabangsa.

Mengapa pihak MITI pula tidak melarang, memantau atau memberi garis panduan yang betul dan tepat kepada para penjual dan pengimport kenderaan baru dan terpakai mengenai spesifikasi warna dan jenis cermin pada kenderaan yang akan dibawa masuk ke Malaysia.

Sekali lagi rakyat Malaysia iaitu para pengguna kenderaan bermotor menjadi mangsa dan teraniaya apabila saman dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Jalan penyelesaiannya adalah larangan dan pemantauan bermula dari akar umbi lagi dan bukannya semasa kenderaan ini telah berada di atas jalan raya atau di lebuh raya negara ini.

AHMAD FAIRUZSE ABDUL GHANI.

 

Berita Pendidikan

PIBG tidak faham kandungan pekeliling kementerian

Nyatakan secara jelas larangan cermin gelap

 

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Saturday January 12, 2008 09:18:19 AM +0800.