AkhbarDaily

Portal Berita Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Ringkas

SPR terima 159,123 permohonan baru

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menerima 159,123 permohonan untuk mendaftar sebagai pemilih baru dalam tempoh antara Oktober hingga Disember lalu dan senarai nama mereka akan dipamerkan di 853 tempat yang disediakan selama seminggu, mulai hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said dalam kenyataan media semalam berkata, SPR turut menerima 54,920 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih dalam tempoh itu, yang akan turut dipamerkan bersama senarai pemilih baru terbabit.

Katanya, antara tempat pameran adalah pejabat pilihan raya negeri (14), pejabat pos berkomputer (417), kompleks atau pejabat kerajaan (54), pejabat daerah atau pejabat tanah (157), majlis daerah atau perbandaran (44), dewan serbaguna, rukun tetangga dan balai raya/penghulu/dewan (155) serta tempat lain (12).

Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie

KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.

Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Sabtu 12 Januari 2008

03 Muharam 1429

 

bullet

Dalam Negeri

Rompakan RM1 juta ‘ala koboi’

Berita Utama

bullet

Adun Tenggaroh mati ditembak dalam lif

 

Nasional
bullet

‘Tidak perlu pilihan raya Tenggaroh’

bullet

Klip video: Dr Mahathir, Mohamed Dzaiddin terima sapina

bullet

Pemimpin Bersih diheret ke mahkamah untuk pendakwaan

bullet

Pas hanya sasar kerusi dimenangi pada 1999

 

Dalam Negeri
bullet

Usaha cari Syarlinie, suspek masih buntu

bullet

40,000 pekerja awam kontrak hadapi risiko hilang kerja

bullet

Cuepacs mahu boikot roti canai

bullet

Rompakan RM1 juta ‘ala koboi’

 

Luar Negara
bullet

Pervez anggap AS penceroboh jika masuki wilayah Pakistan untuk memburu Osama tanpa izin

bullet

Gagal bayar bil: Talian telefon FBI dipotong

bullet

Penduduk Baghdad terkejut dilanda salji

 

Rencana

bullet

Rashid sudah boleh berhenti

bullet

Cari keberkatan menerusi sedekah

bullet

Episod Chua Soi Lek: Takkan pemimpin MCA saja perlu letak jawatan?

 

Sukan

bullet

Anelka sah milik Chelsea

bullet

Klinsmann ganti Hitzfeld latih Bayern Munich

bullet

Newcastle hadapi tugas berat bendung Man United

bullet

McClaren ingin latih pasukan Liga Perdana

 

 

Sabtu | 12 Jan
SUNGAI PETANI: Empat lelaki bersenjatakan pistol melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM1 juta dalam rompakan nekad ‘ala koboi’ di sebuah kedai emas di Jalan Lencongan Barat, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, keempat-empat lelaki yang menutup separuh muka dengan sapu tangan seperti koboi menyerbu pintu utama pasar raya berkenaan dan melepaskan beberapa das tembakan secara rambang ke udara sebelum meluru ke dalam kedai emas.

Ketika kejadian, kedai emas kira-kira 10 meter dari pintu utama pasar raya itu baru kira-kira setengah jam memulakan perniagaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad, berkata bagaimanapun tidak ada kecederaan dilaporkan kerana tembakan dilepaskan ke udara.

Beliau berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengawal pintu utama pasar raya itu, manakala tiga lagi masuk ke dalam kedai emas sebelum melarikan pelbagai jenis barang kemas dalam tempoh kurang lima minit.

“Lelaki yang memasuki kedai emas itu mengacukan pistol ke arah lima pekerja kedai emas sebelum memecahkan cermin pameran barang kemas dengan tukul besi dan memasukkannya ke dalam beg sebelum melarikan diri,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Empat perompak itu melarikan diri dengan menaiki dua motosikal yang ditinggalkan dekat pintu masuk utama pasar raya berkenaan ke arah Plaza Tol Sungai Petani Selatan.

“Mereka juga melepaskan beberapa das tembakan ke udara ketika mahu melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, polis menemui dua motosikal digunakan lelaki terbabit dekat plaza tol berkenaan, selain satu tukul besi dan dulang yang dipercayai dilarikan dari kedai emas itu.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana membabitkan rompakan menggunakan senjata api.

Beliau berkata, polis juga menyiasat kemungkinan kumpulan perompak sama terbabit dalam rompakan kedai emas di Kulim beberapa hari lalu.

Sementara itu, seorang peniaga pasar raya berusia 25 tahun berkata, dia mendengar beberapa letupan sebelum melihat empat lelaki dalam kedai emas sambil mengacukan pistol ke arah pekerjanya.

“Saya dan dua rakan lain menyembunyikan diri di sebalik baju yang dijual kerana terlalu takut dan melihat lelaki itu memecahkan cermin pameran barang kemas.

“Ketika melarikan diri keluar dari pasar raya itu, tiga lelaki terbabit sempat mengucap ‘bye-bye’ kepada saya dan beberapa rakan lain,” katanya.

Saksi yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian dia melihat empat lelaki seorang daripadanya berbadan tegap dan besar, manakala tiga yang lain kurus menaiki dua motosikal Honda EX5 berhenti di tepi pokok.

“Selepas turun daripada motosikal, mereka memakai penutup muka sebelum memasuki kedai emas itu,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Saturday January 12, 2008 09:18:19 AM +0800.