|
Ahli Dewan Undangan Negeri Tenggaroh mati ditembak
Jumaat | 11 Jan
JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy
mati setelah ditembak dalam satu kejadian di Bangunan MIC, di Jalan Segget,
kira-kira pukul 2.30 petang ini.
Difahamkan mangsa ditembak semasa berada di dalam lif bangunan berkenaan.
Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie
Jumaat | 11 Jan
KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan
semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah
suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.
Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal
jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang
di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.










| |
|
Jumaat
11 Januari 2008 |
02
Muharam 1429 |
 |
Sukan
|
|
Pertemuan
antara dua darjat di Old Trafford
|
Berita Utama
Nasional
Dalam Negeri
Luar Negara
Rencana
Sukan
|
|
LONDON: Apabila
Manchester United menentang Newcastle dalam saingan menarik Liga Perdana
Inggeris (EPL), esok jelas ada banyak perbezaan dari segi statistik
membabitkan kedua-dua pasukan berkenaan.
Pertama, sepanjang 22 tahun Alex Ferguson mengemudi United, lawan mereka
dari St James Park itu sudah mempunyai 10 pengurus termasuk lima pemangku
buat mencanang cabaran mereka.
Dalam tempoh itu juga, United sudah memenangi Piala Eropah, sembilan gelaran
Liga Perdana Inggeris, lima Piala FA, dua Piala Liga dan Piala Juara.
Newcastle pula hanya berputih mata tanpa sebarang koleksi trofi.
Sam Allardyce menjadi korban terbaru harapan menggunung kelab dari timur
laut itu apabila dia dikatakan meninggalkan pasukan menerusi persetujuan
bersama kelmarin, selepas hanya 24 kali mengemudi pasukan.
Pemilik kelab itu, Mika Ashton, yang menerima Allardyce daripada pengurusan
sebelum ini, pasti akan dilayan dengan makan tengah hari di Old Trafford
serta berpeluang mengintai deretan piala milik United dalam kabinet.
Dan memang pelik andai Ashton tidak berasa irihati dengan apa yang sudah
dinikmati The Red Devils yang kini muncul sebagai jenama bola sepak terbesar
dunia atau sekurang-kurangnya terpaksa mengakui kebenaran lirik lagu pasukan
penyokong iaitu 'hanya ada satu United'.
Menjelang Sabtu ini, mungkin sudah ada di kotak fikirannya siapa yang
dirasakan mampu menjadikan kelabnya sebagai pasukan yang mampu mencetus
gerun dan membawa pulang gelaran liga yang diidam-idamkan sejak lebih 80
tahun.
Kali terakhir Newcastle meraih trofi adalah Piala FA 1955 dan Ashton pasti
menyedari kesukaran memburu impian ketika masih terbayang kali terakhir
mereka tersingkir ke divisyen tiga adalah pada awal tahun 1990-an.
Dia mungkin tidak mahu meluangkan banyak masa untuk mengenang betapa United
turut dilanda pelbagai masalah pada awal pembabitan Ferguson di kelab itu,
terutama ketika jurulatih Scotland itu mengharungi empat tahun tanpa
sebarang piala dan sentiasa berada di belakang Liverpool atau Everton ketika
pasukan dahagakan gelaran liga sejak 26 tahun.
Malah, dia juga pasti tidak mungkin banyak memikirkan keadaan Arsenal dan
Arsene Wenger dan bagaimana kelab yang mempunyai pengurus kedua paling lama
berkhidmat, kini di anggap pasukan kedua paling berjaya di England.
Atau, apakah Ashton sudi memikirkan apa yang berlaku dengan Everton dengan
David Moyes menggunakan tempoh enam tahunnya untuk membentuk pasukan yang
stabil sebelum bangun menjadi pasukan utama yang sentiasa mencabar empat
pasukan gergasi dan kini sudah kembali terjun dalam saingan Eropah.
Ferguson dan Wenger jelas menjadi contoh terbaik bagaimana kesabaran mampu
membentuk pasukan berjaya namun, bagi kebanyakan pasukan lain dengan terbaru
Newcastle United mengumumkan Allardyce menjadi pengurus liga perdana kelapan
yang dipecat, enggan mempedulikan hakikat itu.
|
|