AkhbarDaily

Portal Berita Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Berita Terkini

Ahli Dewan Undangan Negeri Tenggaroh mati ditembak

Jumaat | 11 Jan
JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy mati setelah ditembak dalam satu kejadian di Bangunan MIC, di Jalan Segget, kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Difahamkan mangsa ditembak semasa berada di dalam lif bangunan berkenaan.

Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie

Jumaat | 11 Jan
KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.

Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Jumaat 11 Januari 2008

02 Muharam 1429

 

bullet

Sukan

Henry, Valdes penyelamat

Berita Utama

bullet

Pembunuhan Krishnasamy mengejutkan - Najib

 

Nasional
bullet

Tian Chua mengaku tidak bersalah cederakan polis

bullet

Skuad Penyelamat Unit Amal akan bantu cari Sharlinie

bullet

Bapa Nurin harap keluarga bersabar

bullet

6,000 tan minyak masak diagih

 

Dalam Negeri
bullet

Pengguna ‘tak kisah’ tak makan roti canai

bullet

Penjual murtabak pula merungut tiada tepung gandum

bullet

25 pengusaha bas ekspres Bumiputera dikesan rugi

bullet

Wireless Melaka siap 2010: MB

 

Luar Negara
bullet

Orang pertama takluk Everest meninggal dunia

bullet

Tata Nano kereta termurah

bullet

Iraq terus dilanyak Amerika - Kawasan ladang kurma jadi sasaran balas dendam

 

Rencana

bullet

Rashid sudah boleh berhenti

bullet

Cari keberkatan menerusi sedekah

bullet

Episod Chua Soi Lek: Takkan pemimpin MCA saja perlu letak jawatan?

 

Sukan

bullet

Newcastle pecat Allardyce

bullet

Real Madrid sambung khidmat van Nistelrooy

bullet

Henry, Valdes penyelamat

bullet

Pertemuan antara dua darjat di Old Trafford

 

 

MADRID: Thierry Henry berjaya menyumbatkan gol dan Victor Valdes bertindak cemerlang menyelamatkan gawangnya bagi memastikan FC Barcelona seri 1-1 dalam aksi perlawanan pertama, pusingan kelima kejohanan bola sepak Copa del Ray ketika menentang Sevilla, kelmarin.

Penyerang Perancis itu menyambut baik hantaran bola dari jauh oleh Rafael Marquez sebelum melorongkan bola di celah kaki penjaga gol, Morgan De Sanctis pada minit ke-24 bagi menjaringkan gol pertamanya selepas kembali daripada kecederaan belakang.

Diego Capel pula menyamakan kedudukan pada minit ke-44, menyaksikan Sevilla yang juga juara bertahan piala itu, menghidupkan peluangnya memburu impian mengekalkan gelaran.

Barcelona menguasai saingan awal terutama selepas gol Henry, namun Sevilla nampak lebih bahaya meskipun tidak menurunkan pemain antarabangsa Mali, Frederic Kanoute dan Seydou Keita serta penyerang Ivory Coast, Arouna Kone yang beraksi untuk negara masing-masing dalam Piala Negara Afrika.

Selepas menyelamatkan bola rembatan jarak dekat Ernesto Chevanton, Valdes kembali terdesak tetapi berjaya menolak keluar rembatan melencong hasil sepakan percuma Daniel Alves pada separuh masa pertama.

Penjaga gol Barcelona itu bertindak lebih cemerlang pada babak kedua apabila bijak menyelamatkan bola hasil tandukan Chevanton pada minit ke-52 sebelum menolak bola keluar dari gawang hasil rembatan percuma Luis Fabiano kira-kira 10 minit selepas itu.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Friday January 11, 2008 09:06:22 PM +0800.