AkhbarDaily

Portal Berita Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Berita Terkini

Ahli Dewan Undangan Negeri Tenggaroh mati ditembak

Jumaat | 11 Jan
JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy mati setelah ditembak dalam satu kejadian di Bangunan MIC, di Jalan Segget, kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Difahamkan mangsa ditembak semasa berada di dalam lif bangunan berkenaan.

Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie

Jumaat | 11 Jan
KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.

Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Jumaat 11 Januari 2008

02 Muharam 1429

 

bullet

Sukan

Newcastle pecat Allardyce

Berita Utama

bullet

Pembunuhan Krishnasamy mengejutkan - Najib

 

Nasional
bullet

Tian Chua mengaku tidak bersalah cederakan polis

bullet

Skuad Penyelamat Unit Amal akan bantu cari Sharlinie

bullet

Bapa Nurin harap keluarga bersabar

bullet

6,000 tan minyak masak diagih

 

Dalam Negeri
bullet

Pengguna ‘tak kisah’ tak makan roti canai

bullet

Penjual murtabak pula merungut tiada tepung gandum

bullet

25 pengusaha bas ekspres Bumiputera dikesan rugi

bullet

Wireless Melaka siap 2010: MB

 

Luar Negara
bullet

Orang pertama takluk Everest meninggal dunia

bullet

Tata Nano kereta termurah

bullet

Iraq terus dilanyak Amerika - Kawasan ladang kurma jadi sasaran balas dendam

 

Rencana

bullet

Rashid sudah boleh berhenti

bullet

Cari keberkatan menerusi sedekah

bullet

Episod Chua Soi Lek: Takkan pemimpin MCA saja perlu letak jawatan?

 

Sukan

bullet

Newcastle pecat Allardyce

bullet

Real Madrid sambung khidmat van Nistelrooy

bullet

Henry, Valdes penyelamat

bullet

Pertemuan antara dua darjat di Old Trafford

 

 

NEWCASTLE: Newcastle United menamatkan hubungannya dengan pengurus pasukan, Sam Allardyce secara damai, berkuat kuasa serta merta, umum kelab Liga Perdana England itu semalam.

Pengerusi Newcastle, Chris Mort dalam kenyataan yang mewakilinya dan pemilik kelab, Mike Ashley berkata: “Mike dan saya mahu merakamkan terima kasih kepada usaha Sam selama ini dan kami mendoakan dia kejayaannya pada masa akan datang.

“Pengurus baru Newcastle United belum lagi dilantik dan kami akan membuat pengumuman lanjut mengenainya bila tiba masa yang sesuai.’’

Sementara itu pemecatan Allardyce menerima kritikan hebat daripada pengerusi Persatuan Pengurus-Pengurus Liga Perdana, Howard Wilkinson.

Allardyce merupakan pengurus kelapan yang hilang pekerjaan dalam saingan Liga Perdana England musim ini.

Kata Wilkinson, beliau percaya Allardyce masih mampu membimbing Newcastle dengan baik dan beliau mahu mengingatkan semua kelab bahawa mereka sepatutnya memberi lebih masa kepada pengurus untuk membawa impak kepada pasukan.

“Seseorang pengurus itu memerlukan masa sebelum dapat mengukuhkan pasukan yang dipimpinnya. Dengan jumlah pengurus yang semakin ramai hilang pekerjaan dalam Liga Perdana musim ini, saya tertanya-tanya apakah mereka memang memerlukan pengurus.

“Kalau ya, atas sebab apakah mereka mahu melantiknya? Anda kena tanya, apa tugas sebenar jurulatih dalam pasukan,’’ kata Wilkinson.

Allardyce, yang hanya mula membimbing Newcastle pada 15 Mei lalu dengan kontrak tiga tahun meninggalkan kelab itu di tangga ke-11 liga.

Pasukan itu menang lapan, seri enam dan kalah 10 kali daripada 24 perlawanan musim ini selepas mengambil alih tugas daripada Glenn Roe.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Friday January 11, 2008 09:06:22 PM +0800.