AkhbarDaily

Portal Berita Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Berita Terkini

Ahli Dewan Undangan Negeri Tenggaroh mati ditembak

Jumaat | 11 Jan
JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy mati setelah ditembak dalam satu kejadian di Bangunan MIC, di Jalan Segget, kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Difahamkan mangsa ditembak semasa berada di dalam lif bangunan berkenaan.

Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie

Jumaat | 11 Jan
KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.

Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Jumaat 11 Januari 2008

02 Muharam 1429

 

bullet

Rencana

Rashid sudah boleh berhenti

Berita Utama

bullet

Pembunuhan Krishnasamy mengejutkan - Najib

 

Nasional
bullet

Tian Chua mengaku tidak bersalah cederakan polis

bullet

Skuad Penyelamat Unit Amal akan bantu cari Sharlinie

bullet

Bapa Nurin harap keluarga bersabar

bullet

6,000 tan minyak masak diagih

 

Dalam Negeri
bullet

Pengguna ‘tak kisah’ tak makan roti canai

bullet

Penjual murtabak pula merungut tiada tepung gandum

bullet

25 pengusaha bas ekspres Bumiputera dikesan rugi

bullet

Wireless Melaka siap 2010: MB

 

Luar Negara
bullet

Orang pertama takluk Everest meninggal dunia

bullet

Tata Nano kereta termurah

bullet

Iraq terus dilanyak Amerika - Kawasan ladang kurma jadi sasaran balas dendam

 

Rencana

bullet

Rashid sudah boleh berhenti

bullet

Cari keberkatan menerusi sedekah

bullet

Episod Chua Soi Lek: Takkan pemimpin MCA saja perlu letak jawatan?

 

Sukan

bullet

Newcastle pecat Allardyce

bullet

Real Madrid sambung khidmat van Nistelrooy

bullet

Henry, Valdes penyelamat

bullet

Pertemuan antara dua darjat di Old Trafford

 

 

Oleh: Subky Latif

Kalau betul Tan Sri Abdul Rashid sanggup berhenti dari menjadi Pengerusi SPR jiga terdapat sebarang penyelewengan atau salah urusan dalam perjalanan pilihan raya dan pentadbirannya di SPR, maka dengan enam penyelewengan yang dikemukakan oleh Dato' Sri Anwar Ibrahim baru-baru ini, Tan Sri Abdul Rashid perlu mengambil tindakan untuk mengosongkan kerusinya.

Enam perkara kecuaian yang Anwar sebut itu adalah dalih tidak sempat untuk memproses 680,000 pengundi baru yang mendaftarkan diri bagi tahun 1998-1999. Ia menafikan hak mereka mengundi tahun 1999; satu daerah mengundi tidak wujud di kawasan Parlimen Gombak "dua daerah mengundi dengan nama Kemesah “memberi dua keputusan berbeza; ayah Azmin Ali yang meninggal dunia pada 2001 turun mengundi BN 2004; 37.6 peratus pengundi kawasan Parlimen Lembah Pantai punyai alamat yang tidak boleh dikesan; 142 kertas undi di empat peti undi daerah mengundi Pekan Batang Berjuntai Bestari Utara tidak dipulang dalam pilihan raya kecil Ijok 2006; dan terdapat 8,463 pengundi baru dalam masa tiga bulan di kawasan Parlimen Ipoh Timur pada Oktober 2007. Majoriti Lim Kit Siang di situ dulu cuma 9774 saja.

Enam kecuaian yang didedah oleh Anwar itu adalah satu dakwaan. Betul atau tidak belum tahu lagi. Tetapi ia boleh menjadi asas bagi Tan Sri Rashid mengambil tindakan untuk menunaikan janjinya berhenti kiranya ada bukti kecuaian pentadbirannya.

Dia boleh mengambil langkah menjawab setiap kes yang disebut oleh Anwar itu. Anwar hingga ke saat ini mempunyai rekod yang baik. Yang meragukan rekodnya hanya mahkamah yang diragukan oleh semua pihak.

Yang mengatakan dia tidak baik hanya Dr. Mahathir yang tidak suka kepadanya. Mahkamah yang membicarakan Anwar ditolak oleh masyarakat umum. Mahkamah Rayuan pula membebaskan Anwar dan kemudian kes adik angkatnya juga bebas.

Hakim yang membebaskan Anwar setelah dipenjara enam tahun, sekarang menjadi Ketua Hakim Negara yang baru. Ini menjadikan moral Anwar Ibrahim kuat.

Maka dakwaannya atas perjalanan SPR di bawah Tan Sri Rashid juga adalah kuat. Maka Tan Sri Rashid perlulah menjelas setiap satu dakwaan enam perkara yang dikemukakan oleh Anwar itu.

Tan Sri Rashid belum memberikan reaksi yang serius atas dakwaan Anwar itu. Kalau ada reaksi hanya setakat mengatakan tiada bukti. Mengatakan tiada bukti atas sesuatu dakwaan dengan tidak membuktikan ia tiada bukti tidak boleh dipakai.

Bagi mengatakan tiada bukti, mestilah ada satu mekanismenya. Iaitu ia disiasat oleh satu badan bebas. Badan itulah yang akan mengesahkan ada bukti atau tidak ada bukti. Sekadar Tan Sri Rashid saja yang berkata begitu, ia seperti bersaksi ke lutut. Tiada mana badan bermaruah boleh mengiktiraf saksi ke lutut.

Selagi Tan Sri Rashid tidak membuat penjelasan yang boleh meyakinkan orang ramai, maka dakwaan Anwar itu diterima oleh masyarakat. Boleh jadi Anwar tidak betul. Tetapi selagi tiada penjelasan Tan Sri Rashid yang terperinci dan meyakinkan, maka dakwaan Anwar itu terpakai.

Dengan tuduhan yang dibuat oleh Anwar itu telah ada jawapan kepada ugutan Tan Sri Rashid yang berundur jika ada sebarang kecuaiannya. Anwar sudah mengemukakan mengapa Tan Sri Rashid patut memenuhi cabaran untuk berundur.

Ketika Tan Sri Rashid menjawab serangan atas kelemahannya dan kelemahan SPR, orang melihat Tan Sri Rashid tegas dan kuat. Jika tidak kuat masakan dia membuat pengakuan yang begitu berani.

Tetapi setelah Anwar membuat dakwaan, orang melihat Tan Sri Rashid begitu lemah. Dia tidak menjawab satu persatu dakwaan Anwar. Orang tidak melihat Tan Sri Rashid berani mengambil langkah membuka jalan kepada berhenti atau tidak. Mungkin kerajaan tidak akan berbuat apa-apa.

Tetapi jika Tan Sri Rashid seorang yang bermaruah, seperti hari dia mengatakan sanggup berundur itu; maka dia patut mengambil langkah menghadapi dakwaan Anwar itu.

Memang watak Rashid selama ini dilihat angkuh dan tidak bersungguh menghadapi sebarang teguran dan kritik. Biasanya semua kes dijawabnya secara loyar buruk.

Satu kes yang hingga ini dia tidak dapat jawab ialah dolak daliknya atas cadangan penggunaan dakwat dijari pengundi yang sudah membuang undi. Ketika ia mula disuarakan, dialah yang menolaknya. Bukan badan lain yang menguasai SPR itu seperti Parlimen dan sebagainya.

Sepatutnya dia menyerahkan perkara itu kepada Parlimen. Selagi Parlimen tidak mengarahkannya menggunakan dakwat, ia tidak berbuat apa-apa. Kalau dia fikir dakwat itu munasabah, maka dia boleh mengemukakan cadangan itu kepada semua pihak yang ada kepentingan dengan SPR.

Tanpa usul periksa dia tolak. Apabila DAP membuat memorandum tentang hal itu dikatakan, PAS tak setuju. Bila PAS tanya dia bila PAS tidak setuju? Yang dijelaskannya pada PAS, yang dikatakannya pada DAP, bukan PAS tidak setuju, tetapi ulama India tidak setuju kerana dakwat itu tidak lut air wuduk.

Ia satu loyar buruk. Ia tidak pernah dibersihkannya kepada umum.

Jika Tan Sri Rashid benar-benar peka dengan teguran orang ramai, dan dia serius dengan hasrat untuk berhenti, maka dia sudah boleh mengambil langkah menjelaskan dia tidak bercadang untuk menyambung khidmat itu apabila tempoh perhidmatannya tamat setelah berusia 65 tahun.

Tidak perlu Parlimen membuat pindaan atas Akta Pilihan Raya untuk membolehkan Pengerusi dan Lembaga SPR berkhidmat hingga usia 66 tahun. Tiada apa perlunya had usia 65 tahun itu dipinda kepada 66 tahun.

Pindaan yang Parlimen telah buat adalah untuk membolehkan Tan Sri Rashid berkhidmat setahun lagi bagi mengendalikan pilihan raya umum yang sudah dekat itu.

Parlimen berbuat begitu bukan kerana kerja itu tidak boleh dibuat oleh orang lain, tetapi dia adalah kuda yang terbaik bagi Umno.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Friday January 11, 2008 09:06:22 PM +0800.