AkhbarDaily

Portal Berita Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Berita Terkini

Ahli Dewan Undangan Negeri Tenggaroh mati ditembak

Jumaat | 11 Jan
JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy mati setelah ditembak dalam satu kejadian di Bangunan MIC, di Jalan Segget, kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Difahamkan mangsa ditembak semasa berada di dalam lif bangunan berkenaan.

Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie

Jumaat | 11 Jan
KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.

Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Jumaat 11 Januari 2008

02 Muharam 1429

 

bullet

Nasional

6,000 tan minyak masak diagih

Berita Utama

bullet

Pembunuhan Krishnasamy mengejutkan - Najib

 

Nasional
bullet

Tian Chua mengaku tidak bersalah cederakan polis

bullet

Skuad Penyelamat Unit Amal akan bantu cari Sharlinie

bullet

Bapa Nurin harap keluarga bersabar

bullet

6,000 tan minyak masak diagih

 

Dalam Negeri
bullet

Pengguna ‘tak kisah’ tak makan roti canai

bullet

Penjual murtabak pula merungut tiada tepung gandum

bullet

25 pengusaha bas ekspres Bumiputera dikesan rugi

bullet

Wireless Melaka siap 2010: MB

 

Luar Negara
bullet

Orang pertama takluk Everest meninggal dunia

bullet

Tata Nano kereta termurah

bullet

Iraq terus dilanyak Amerika - Kawasan ladang kurma jadi sasaran balas dendam

 

Rencana

bullet

Rashid sudah boleh berhenti

bullet

Cari keberkatan menerusi sedekah

bullet

Episod Chua Soi Lek: Takkan pemimpin MCA saja perlu letak jawatan?

 

Sukan

bullet

Newcastle pecat Allardyce

bullet

Real Madrid sambung khidmat van Nistelrooy

bullet

Henry, Valdes penyelamat

bullet

Pertemuan antara dua darjat di Old Trafford

 

 

Jumaat | 11 Jan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,000 tan minyak masak subsidi sudah diagihkan ke hampir 70 peratus kawasan di seluruh negara dalam tempoh empat hari sehingga semalam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata, kebanyakan bandar sudah menerima bekalan minyak masak subsidi, manakala bekalan akan stabil di luar bandar, selain di Sabah dan Sarawak dalam beberapa hari lagi.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan, kadar penggunaan minyak masak subsidi mencecah 1,000 tan seminggu dan jumlah di pasaran ketika ini mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna.

Sehubungan itu, kerajaan memberi jaminan, bukan saja bekalan minyak masak mencukupi untuk pengguna tempatan, malah pengagihan tepung gandum tidak berhadapan sebarang masalah pada semua peringkat.

Beliau berkata demikian selepas memeriksa bekalan minyak masak dan tepung gandum pasar raya besar Tesco Ampang, dekat sini, semalam.

Mohd Shafie berkata, sehingga semalam, 17 kes direkodkan sepanjang Ops Suri, iaitu 10 pemborong termasuk enam di Pulau Pinang, dua peruncit dan lima individu melakukan pelbagai kesalahan membabitkan 12,825 kilogram (kg) minyak masak subsidi bernilai RM37,707.

Beliau juga mengulangi amaran kepada pihak industri termasuk pengusaha restoran supaya mendapatkan bekalan minyak masak di pasar raya besar yang menyediakan peruntukan untuk kumpulan itu, bukannya membeli bahan itu pada harga subsidi.

"Jika ada yang masih berdegil, tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 akan dikenakan dengan denda sehingga RM100,000 dan penjara tiga tahun," katanya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai tidak terpedaya dengan khabar angin dan pelbagai spekulasi mengenai kekurangan bekalan dan kenaikan harga barang keperluan kerana ia tidak benar.

"Sistem yang kerajaan laksanakan dapat mengatasi sebarang masalah dari segi bekalan dan harga. Setakat ini, tepung masih kekal RM1.35 sekilogram dan minyak masak RM2.50 sekilogram," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Rahman Abdul Hamid, berkata sejak Selasa lalu, 2,171 kg minyak masak subsidi dirampas di tiga pintu masuk utama negara.

Beliau berkata, jumlah minyak masak yang dirampas itu membabitkan 332 kg di Rantau Panjang, manakala Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam masing-masing mencatatkan 1,704 kg dan 135 kg.

"Tiada tangkapan kerana kita mahu mesej mengenai larangan diterima dengan baik penduduk negara jiran kerana jumlah yang dirampas itu adalah kecil untuk setiap kes dan didapati untuk kegunaan sendiri," katanya.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Friday January 11, 2008 09:06:22 PM +0800.