AkhbarDaily

Portal Berita Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Berita Terkini

Ahli Dewan Undangan Negeri Tenggaroh mati ditembak

Jumaat | 11 Jan
JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy mati setelah ditembak dalam satu kejadian di Bangunan MIC, di Jalan Segget, kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Difahamkan mangsa ditembak semasa berada di dalam lif bangunan berkenaan.

Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie

Jumaat | 11 Jan
KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.

Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Jumaat 11 Januari 2008

02 Muharam 1429

 

bullet

Nasional

Skuad Penyelamat Unit Amal akan bantu cari Sharlinie

Berita Utama

bullet

Pembunuhan Krishnasamy mengejutkan - Najib

 

Nasional
bullet

Tian Chua mengaku tidak bersalah cederakan polis

bullet

Skuad Penyelamat Unit Amal akan bantu cari Sharlinie

bullet

Bapa Nurin harap keluarga bersabar

bullet

6,000 tan minyak masak diagih

 

Dalam Negeri
bullet

Pengguna ‘tak kisah’ tak makan roti canai

bullet

Penjual murtabak pula merungut tiada tepung gandum

bullet

25 pengusaha bas ekspres Bumiputera dikesan rugi

bullet

Wireless Melaka siap 2010: MB

 

Luar Negara
bullet

Orang pertama takluk Everest meninggal dunia

bullet

Tata Nano kereta termurah

bullet

Iraq terus dilanyak Amerika - Kawasan ladang kurma jadi sasaran balas dendam

 

Rencana

bullet

Rashid sudah boleh berhenti

bullet

Cari keberkatan menerusi sedekah

bullet

Episod Chua Soi Lek: Takkan pemimpin MCA saja perlu letak jawatan?

 

Sukan

bullet

Newcastle pecat Allardyce

bullet

Real Madrid sambung khidmat van Nistelrooy

bullet

Henry, Valdes penyelamat

bullet

Pertemuan antara dua darjat di Old Trafford

 

 

Jumaat | 11 Jan
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menggesa dan mendesak supaya pihak kerajaan lebih serius dalam menangani kes yang berkait dengan keselamatan rakyat khasnya kanak-kanak.

Dalam satu kenyataan akhbar, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi mendesak pembentukan satu Suruhanjaya Khas dengan segera bagi meneliti dan mengemukakan langkah serta tindakan berkesan untuk mengekang jenayah serupa dari terus berlaku dan berleluasa seterusnya memburu dan menghukum penjenayah terbabit.

"Setelah peraturan dan undang-undang sedia ada gagal menangani pelbagai isu terutamanya berkaitan jenayah yang dilihat mutakhir ini berkembang pesat tanpa kawalan yang efektif, Pemuda PAS Pusat secara konsisten, tetap menegaskan bahawa kerajaan perlu segera melaksanakan syariat Islam sebagai peraturan dan undang-undang negara yang berdaulat demi membendung negara ini dari terus dicengkam ketakutan atau kebimbangan melampau akibat jenayah yang terus marak dan subur dalam negara ini," ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Malahan ujarnya lagi, penjenayah pula bagaikan 'selamat' berada dalam sistem yang membolehkannya terus memburu mangsa tanpa perikemanusiaan.

Tambah Nasrudin, kerajaan selayaknya melunturkan keegoan mereka untuk sedia mengakui perlunya syariat Islam dalam menyelesaikan persoalan seperti ini setelah 'mata kepala' mereka sendiri melihat dan menyaksikan kegagalan sistem ciptaan manusia yang mereka agungkan selama ini.

"Kenapa tidak kembali kepada kanun Ilahi?" tegasnya merujuk kepada kes terbaru yang menimpa Sharlinie Mohd Nashar baru-baru ini.

Jelasnya, Squad Penyelamat Unit Amal Dewan Pemuda PAS Pusat turut terpanggil dengan penuh rasa tanggungjawab dan berkewajipan untuk bantu mencari dan menjejaki Sharlinie Mohd Nashar dengan mengarahkan Jabatan AMAL Pusat dan Negeri-negeri agar mengambil langkah pro aktif dalam menggerakkan jentera mereka.

Beliau berkata Squad Penyelamat Unit Amal dilancarkan dengan misi 'cari Sharlinie sampai jumpa'.

Semua jentera Dewan Pemuda PAS Pusat menurutnya juga dikerahkan untuk mengedar risalah 'Di Mana Sharlinie' dengan kesungguhan dan keupayaan yang ada.

Pada masa sama, Nasrudin turut menyarankan diadakan solat hajat dan munajat di masjid-masjid dan juga di Pusat Tarbiah di seluruh negara.

Sebelum ini negara digemparkan dengan tragedi yang menimpa Nurin Jazmin Jazimin yang menghantui para ibu bapa yang diikuti dengan Nur Fatiha Zaidi juga diculik namun ia dikembalikan.

"Kini tragedi penculikan berlaku lagi dan entah berapa kali lagi rakyat akan terus menghadapi tragedi seumpama ini sementara tahap keselamatan rakyat kian dipertikai dan dipersoalkan," katanya.

Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan ibu bapa Sharlinie bersabar menghadapi ujian getir ini serta bertawakkal kepada Allah agar Sharlinie selamat kembali kepangkuan keluarga.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Friday January 11, 2008 09:06:22 PM +0800.