|
Ahli Dewan Undangan Negeri Tenggaroh mati ditembak
Jumaat | 11 Jan
JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy
mati setelah ditembak dalam satu kejadian di Bangunan MIC, di Jalan Segget,
kira-kira pukul 2.30 petang ini.
Difahamkan mangsa ditembak semasa berada di dalam lif bangunan berkenaan.
Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie
Jumaat | 11 Jan
KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan
semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah
suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.
Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal
jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang
di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.










| |
|
Jumaat
11 Januari 2008 |
02
Muharam 1429 |
 |
Nasional
|
|
Tian Chua mengaku tidak bersalah cederakan polis
|
Berita Utama
Nasional
Dalam Negeri
Luar Negara
Rencana
Sukan
|
|
Jumaat | 11 Jan
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua
mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap
tuduhan mencederakan seorang anggota polis bulan lepas.
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 45, dituduh mendatangkan
kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar, 20, daripada Bahagian Narkotik
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, yang ketika itu sedang menjalankan
kewajipannya sebagai anggota Polis Diraja Malaysia, di jalan masuk ke
Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen di sini pada 10.45 pagi 11 Disember tahun
lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman
penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pengadu dalam kes ini ialah C/Insp Sazali Ahmad daripada Jabatan Siasatan
Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur yang membuat aduan pada hari
kejadian.
Majistret Tasnim Abu Bakar menetapkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang
penjamin dan menetapkan 16 dan 17 April ini untuk perbicaraan.
Rakan Tian Chua, Abdul Razak Ismail, membayar wang jaminan itu.
Sebelum itu Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria meminta
mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 tetapi peguam bela Tian
Chua, Ranjit Singh, memohon supaya mahkamah mengurangkan jumlah itu kepada
RM500 berdasarkan alasan anak guamnya sudah didakwa di Mahkamah Sesyen pada
tahun lepas kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan
anak guamnya dibenarkan jaminan sebanyak RM5,000 walaupun kes terdahulu
tidak boleh dijamin.
Mohamad Hanafiah berhujah bahawa tuduhan yang dikenakan terhadap Chua pada
hari ini lebih serius berbanding tuduhan terdahulu.
“Jumlah jaminan sebanyak RM500 bagi pertuduhan hari ini adalah satu jumlah
yang tidak munasabah. Oleh itu kami hujahkan bahawa RM5,000 yang kami
tawarkan adalah satu jumlah yang wajar,” katanya.
Mohamad Hanafiah kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak
pendakwaan akan memanggil lima saksi polis memberikan keterangan.
Selain Mohd Hanafiah, pihak pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya
Allan Suman Pillai manakala peguam Ranjit Singh dibantu peguam Lai Chee Hoe.
|
|