AkhbarDaily

Portal Berita Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Berita Terkini

Ahli Dewan Undangan Negeri Tenggaroh mati ditembak

Jumaat | 11 Jan
JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy mati setelah ditembak dalam satu kejadian di Bangunan MIC, di Jalan Segget, kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Difahamkan mangsa ditembak semasa berada di dalam lif bangunan berkenaan.

Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie

Jumaat | 11 Jan
KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.

Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Jumaat 11 Januari 2008

02 Muharam 1429

 

bullet

Luar Negara

Iraq terus dilanyak Amerika - Kawasan ladang kurma jadi sasaran balas dendam

Berita Utama

bullet

Pembunuhan Krishnasamy mengejutkan - Najib

 

Nasional
bullet

Tian Chua mengaku tidak bersalah cederakan polis

bullet

Skuad Penyelamat Unit Amal akan bantu cari Sharlinie

bullet

Bapa Nurin harap keluarga bersabar

bullet

6,000 tan minyak masak diagih

 

Dalam Negeri
bullet

Pengguna ‘tak kisah’ tak makan roti canai

bullet

Penjual murtabak pula merungut tiada tepung gandum

bullet

25 pengusaha bas ekspres Bumiputera dikesan rugi

bullet

Wireless Melaka siap 2010: MB

 

Luar Negara
bullet

Orang pertama takluk Everest meninggal dunia

bullet

Tata Nano kereta termurah

bullet

Iraq terus dilanyak Amerika - Kawasan ladang kurma jadi sasaran balas dendam

 

Rencana

bullet

Rashid sudah boleh berhenti

bullet

Cari keberkatan menerusi sedekah

bullet

Episod Chua Soi Lek: Takkan pemimpin MCA saja perlu letak jawatan?

 

Sukan

bullet

Newcastle pecat Allardyce

bullet

Real Madrid sambung khidmat van Nistelrooy

bullet

Henry, Valdes penyelamat

bullet

Pertemuan antara dua darjat di Old Trafford

 

 

Jumaat | 11 Jan
BAGHDAD: Pesawat perang milik Amerika Syarikat (AS) menggugurkan 40,000 paun bahan letupan dalam satu serangan besar-besaran yang disasarkan ke 40 kawasan disyaki kawasan persembunyian Al-Qaeda di pinggir Baghdad semalam.

Tentera udara AS menghantar dua pesawat pengebom B-1 dan empat pesawat pejuang F-16 yang disasarkan di tiga sasaran utama di kawasan perladangan kurma, di Arab Jabour selatan Baghdad.

Serangan tersebut merupakan sebahagian dari Operasi Phantom Phoenix, yang diumumkan minggu lepas dan disasarkan terhadap kawasan yang disyaki menjadi tempat persembunyian Al-Qaeda.

Serangan ini dilancarkan sebagai balas dendam berikutan kematian enam orang askar AS semalam dalam satu kejadian letupan bom di sebuah rumah di utara Diyala.

Dua orang lagi terbunuh Selasa lalu di wilayah Salahuddin.

“Tiga puluh lapan bom telah digugurkan bersamaan 40,000 paun dalam masa 10 minit pertama.

“Dua pesawat pengebom melalui kawasan tersebut sebanyak dua kali diikuti pesawat F-16,” menurut satu kenyataan tentera.

Menurut jurucakap tentera di tengah Iraq, Mejar Allayne Conway, masih terlalu awal untuk menyatakan berapa ramai yang terkorban dalam serangan itu tetapi penilaian keseluruhan sedang dibuat.

Operasi Phantom Phoenix merupakan serangan besar-besaran melibatkan beribu-ribu tentera AS dan Iraq di wilayah Diyala.

Kebanyakan pejuang Al-Qaeda telah diusir dari wilayah di Iraq tetapi mereka berjaya bersatu kembali di beberapa kawasan di wilayah utara serta di pinggir selatan Baghdad.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Friday January 11, 2008 09:06:22 PM +0800.