|
Ahli Dewan Undangan Negeri Tenggaroh mati ditembak
Jumaat | 11 Jan
JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy
mati setelah ditembak dalam satu kejadian di Bangunan MIC, di Jalan Segget,
kira-kira pukul 2.30 petang ini.
Difahamkan mangsa ditembak semasa berada di dalam lif bangunan berkenaan.
Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie
Jumaat | 11 Jan
KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan
semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah
suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.
Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal
jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang
di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.










| |
|
Jumaat
11 Januari 2008 |
02
Muharam 1429 |
 |
Luar Negara
|
|
Tata Nano
kereta termurah
|
Berita Utama
Nasional
Dalam Negeri
Luar Negara
Rencana
Sukan
|
|
Jumaat | 11 Jan
NEW DELHI: Bagi kereta termurah di dunia, pelancarannya dilakukan pada
suasana penuh mewah di auditorium Tata Motors Ltd di sini, semalam.
Lebih 1,000 orang terdiri daripada - wartawan, VIP dan usahawan - memenuhi
ruang dalam auditorium ketika pengerusi Tata menampilkan 'Kereta Rakyat'
yang sekian lama dinanti-nantikan sambil dikerumuni media umpama konsert pop
atau anugerah Oscar.
Hadirin diperdengarkan alunan muzik kuat lagu 2001: A Space Odyssey dan
pancaran lampu kamera ketika Tata Nano dipandu keluar.
"Saya tidak pernah melihat pancaran lampu kamera sebanyak ini dalam tempoh
enam tahun di Asia Selatan," kata seorang wartawan veteran.
Sebelum pelancaran, saluran berita utama memberi laluan beberapa minit
siaran mereka untuk menyiarkan rakaman langsung pentas yang gelap dan kosong
di mana kereta itu, yang melengkung di belakang berharga separuh daripada
kos kereta baru termurah, untuk dipertontonkan.
"Janji tetap janji," kata Pengerusinya, Ratan Tata, ketika mengumumkan harga
runcit 100,000 rupee (RM8,170) seperti dijanjikan lima tahun lalu, walaupun
harga komoditi meningkat dan walaupun lawan mendakwa harga runtuh itu agak
mustahil.
Bagi penyokongnya, ia akan mengubah pemilikan di India dengan membolehkan
berjuta penduduk kelas pertengahan memiliki kereta selain mendatangkan
kejutan ke dunia auto dengan kejuruteraan murah yang bakal ditiru di seluruh
dunia.
Bagi penentang, ia akan mencetuskan mimpi buruk di negara yang sudah sesak
dan mempunyai paras pencemaran terburuk.
Ketika Ratan mendedahkan spesifikasi kereta dan membandingkannya dengan
inovasi seperti manusia pertama ke bulan, ramai di kalangan jemputan
termasuk wartawan tempatan bertepuk tangan dan bersorak.
Beratus wartawan meluru ke arah kereta itu. Pengawal Tata mengelilingi
kereta itu, merayu kepada jurukamera tidak mencalarkan cat barunya.
Tidak lama selepas itu, orang ramai pula mengambil peluang membelek kereta
comel berkenaan.
"Ia sangat comel," kata Urvashi Sitani, ahli perniagaan yang mengambil
gambar dengan menggunakan telefon bimbit. "Saya fikir ia sangat popular bagi
golongan muda. Tetapi, kereta ini melambangkan kewanitaan. Saya tidak dapat
membayangkan seorang lelaki dilihat memandu kereta seperti ini."
Beberapa meter dari situ, seorang wanita berdiri sambil membuat bantahan
dengan mendakwa petani kehilangan tanah akibat rancangan kilang kereta Tata.
"Ia mendapat subsidi dengan darah petani," kata Anuradha Talwar.
Di luar auditorium, satu kontinjen aktivis Greenpeace berdiri dengan
sepanduk dengan slogan seperti: "Kurangkan pelepasan CO2." Namun kehadiran
mereka tidak dihiraukan oleh rakyat yang berpusu-pusu mahu melihat kereta
itu.
|
|