AkhbarDaily

Portal Berita Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Berita Terkini

Ahli Dewan Undangan Negeri Tenggaroh mati ditembak

Jumaat | 11 Jan
JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy mati setelah ditembak dalam satu kejadian di Bangunan MIC, di Jalan Segget, kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Difahamkan mangsa ditembak semasa berada di dalam lif bangunan berkenaan.

Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie

Jumaat | 11 Jan
KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.

Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Jumaat 11 Januari 2008

02 Muharam 1429

 

bullet

Dalam Negeri

25 pengusaha bas ekspres Bumiputera dikesan rugi

Berita Utama

bullet

Pembunuhan Krishnasamy mengejutkan - Najib

 

Nasional
bullet

Tian Chua mengaku tidak bersalah cederakan polis

bullet

Skuad Penyelamat Unit Amal akan bantu cari Sharlinie

bullet

Bapa Nurin harap keluarga bersabar

bullet

6,000 tan minyak masak diagih

 

Dalam Negeri
bullet

Pengguna ‘tak kisah’ tak makan roti canai

bullet

Penjual murtabak pula merungut tiada tepung gandum

bullet

25 pengusaha bas ekspres Bumiputera dikesan rugi

bullet

Wireless Melaka siap 2010: MB

 

Luar Negara
bullet

Orang pertama takluk Everest meninggal dunia

bullet

Tata Nano kereta termurah

bullet

Iraq terus dilanyak Amerika - Kawasan ladang kurma jadi sasaran balas dendam

 

Rencana

bullet

Rashid sudah boleh berhenti

bullet

Cari keberkatan menerusi sedekah

bullet

Episod Chua Soi Lek: Takkan pemimpin MCA saja perlu letak jawatan?

 

Sukan

bullet

Newcastle pecat Allardyce

bullet

Real Madrid sambung khidmat van Nistelrooy

bullet

Henry, Valdes penyelamat

bullet

Pertemuan antara dua darjat di Old Trafford

 

 

Jumaat | 11 Jan
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) mendedahkan sebahagian besar 25 pengusaha bas ekspres milik Bumiputera kini menjalankan perkhidmatan dalam kerugian dan keadaan semakin buruk sejak kenaikan harga diesel, dua tahun lalu.

Sehubungan itu, Pengerusinya, Tajuddin Yunus, berkata kerajaan, khususnya Lembaga Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) diharap segera meluluskan kadar kenaikan tambang baru yang mampu bertahan untuk jangka masa panjang.

"Sejak tiga tahun lalu, kebanyakan ahli Pembawa mengalami kerugian apabila kos operasi, pengurusan dan gaji kakitangan semakin meningkat, sedangkan keuntungan sudah tidak ada.

"Anggaran kasar bagi 25 syarikat bas ekspres milik Bumiputera membabitkan kira-kira 600 bas, mereka membelanjakan kira-kira RM60 juta setahun hanya untuk minyak diesel berbanding RM30 juta sebelum harga bahan api itu naik, dua tahun lalu.

"Walaupun ada subsidi (minyak), tapi ia masih tidak mampu menampung kos operasi yang semakin meningkat," katanya.

Beliau diminta mengulas keputusan Persekutuan Pengusaha Bas Sekolah Semenanjung Malaysia yang tetap akan menaikkan tambang 50 peratus selepas perayaan Tahun Baru Cina bulan depan, walaupun belum mendapat kelulusan LPKP.

Tajuddin turut mengakui ahlinya kini sekadar memenuhi tanggungjawab sosial dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai walaupun berdepan risiko kerugian berlipat ganda selagi kerajaan belum membuat keputusan mengenai kadar tambang baru.

"Bagaimanapun, kita memberi jaminan ahli Pembawa tidak akan menaikkan tambang hingga kerajaan membuat pengumuman kadar baru," katanya.

Beliau berkata, Pembawa sudah banyak kali memaklumkan kepada LPKP mengenai kesulitan pengusaha bas ekspres Bumiputera yang berdepan pelbagai kenaikan harga alat ganti, tayar, gaji kakitangan dan bayaran pinjaman bank.

"Kalau nak dikira kami tidak mampu menunggu lebih lama keputusan kajian kadar tambang baru yang sedang dijalankan, tapi kami tetap bersabar seperti diminta LPKP," katanya.

Sementara itu, Pengerusi LPKP, Datuk Markiman Kobiran, LPKP menjangka laporan perunding mengenai kajian kesesuaian kadar tambang pengangkutan awam dijangka dapat diketahui selewat-lewatnya pertengahan tahun ini.

"Kita harap pengusaha pengangkutan awam tidak menaikkan tambang, termasuk bas sekolah sebelum keputusan ini (kajian perunding diterima)," katanya.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Friday January 11, 2008 09:06:22 PM +0800.