AkhbarDaily

Portal Berita Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Berita Terkini

Ahli Dewan Undangan Negeri Tenggaroh mati ditembak

Jumaat | 11 Jan
JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy mati setelah ditembak dalam satu kejadian di Bangunan MIC, di Jalan Segget, kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Difahamkan mangsa ditembak semasa berada di dalam lif bangunan berkenaan.

Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie

Jumaat | 11 Jan
KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.

Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Jumaat 11 Januari 2008

02 Muharam 1429

 

bullet

Dalam Negeri

Penjual murtabak pula merungut tiada tepung gandum

Berita Utama

bullet

Pembunuhan Krishnasamy mengejutkan - Najib

 

Nasional
bullet

Tian Chua mengaku tidak bersalah cederakan polis

bullet

Skuad Penyelamat Unit Amal akan bantu cari Sharlinie

bullet

Bapa Nurin harap keluarga bersabar

bullet

6,000 tan minyak masak diagih

 

Dalam Negeri
bullet

Pengguna ‘tak kisah’ tak makan roti canai

bullet

Penjual murtabak pula merungut tiada tepung gandum

bullet

25 pengusaha bas ekspres Bumiputera dikesan rugi

bullet

Wireless Melaka siap 2010: MB

 

Luar Negara
bullet

Orang pertama takluk Everest meninggal dunia

bullet

Tata Nano kereta termurah

bullet

Iraq terus dilanyak Amerika - Kawasan ladang kurma jadi sasaran balas dendam

 

Rencana

bullet

Rashid sudah boleh berhenti

bullet

Cari keberkatan menerusi sedekah

bullet

Episod Chua Soi Lek: Takkan pemimpin MCA saja perlu letak jawatan?

 

Sukan

bullet

Newcastle pecat Allardyce

bullet

Real Madrid sambung khidmat van Nistelrooy

bullet

Henry, Valdes penyelamat

bullet

Pertemuan antara dua darjat di Old Trafford

 

 

Jumaat | 11 Jan
JOHOR BAHRU: Masalah kekurangan bekalan tepung seberat 25 kilogram (kg) bukan sahaja dirasakan oleh pengusaha roti canai sebaliknya pengusaha murtabak turut menerima kesan yang teruk.

Tinjauan di sekitar Johor Bahru mendapati pengusaha-pengusaha murtabak terpaksa membeli tepung dalam paket, yang mana lebih mahal harganya kerana sukar mendapatkan bekalan tepung 25 kg.

Pemborong dan peruncit di sekitar bandar raya itu pula merungut kerana mengakui tidak dapat memenuhi permintaan tepung 25kg seperti biasa.

Seorang pengusaha murtabak yang terkenal di Kampung Majidee, Azri Lahuri, 35, berkata, dia kerugian lebih RM30 sehari kerana terpaksa membeli tepung dalam paket.

“Sehari saya memerlukan antara 30 hingga 40 guni tepung 25kg.

“Sekotak tepung yang berisi 10 paket tepung 1kg berharga RM25 maka maknanya dalam dua kotak ada 20kg tepung yang perlu dibayar sebanyak RM50 sedangkan seguni tepung 25kg hanya berharga RM33,” katanya.

Seorang lagi pengusaha murtabak, Mohd. Rafi Thumok, 43, berkata, walaupun menghadapi kerugian kerana terpaksa membeli tepung dalam peket, dia tidak bercadang menaikkan harga murtabak yang dijual.

“Kalau naikkan harga, nanti pelanggan lari. Tapi kami terpaksa menanggung bebanan kos yang meningkat.

“Orang makan gaji mungkin tidak merasai masalah ini tapi peniaga seperti saya yang membeli tepung dalam kuantiti yang banyak tentunya merasa kesan yang teruk,” katanya.

Sementara itu, seorang pemborong, Mohd. Fauzi Ibrahim, 39, berkata, daripada 20 guni tepung 25kg yang ditempahnya, hanya lima guni sahaja yang diterima.

“Pengusaha restoran yang selalu datang ke sini selalu merungut kerana tidak mendapat bekalan tepung yang mencukupi.

"Malah ada yang datang sehingga dari Pasir Gudang untuk mendapatkan tepung 25kg itu," katanya yang menambah masalah itu mula dirasainya sejak dua bulan lepas.

Seorang pekerja di kedai yang menjadi pemborong bekalan tepung, Mustafa Alias, 19, berkata, dia hairan kerana mendapati bekalan tepung 25 kg tidak mencukupi tetapi bekalan tepung yang bervitamin pula berlambak di pasaran.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Friday January 11, 2008 09:06:22 PM +0800.