|
Ahli Dewan Undangan Negeri Tenggaroh mati ditembak
Jumaat | 11 Jan
JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy
mati setelah ditembak dalam satu kejadian di Bangunan MIC, di Jalan Segget,
kira-kira pukul 2.30 petang ini.
Difahamkan mangsa ditembak semasa berada di dalam lif bangunan berkenaan.
Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie
Jumaat | 11 Jan
KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan
semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah
suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.
Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal
jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang
di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.










| |
|
Jumaat
11 Januari 2008 |
02
Muharam 1429 |
 |
Dalam Negeri
|
|
Pengguna
‘tak kisah’ tak makan roti canai
|
Berita Utama
Nasional
Dalam Negeri
Luar Negara
Rencana
Sukan
|
|
Jumaat | 11 Jan
KUALA LUMPUR: Para penduduk ibu kota tidak kisah dan tidak berasa terjejas
sekiranya restoran mamak di sini mengambil keputusan untuk menghentikan
jualan roti canai berikutan harga tepung gandum yang melonjak naik kini.
Tinjauan di ibu kota mendapati, penduduk di sini bersedia untuk mengubah
selera sarapan pagi mereka daripada roti canai kepada makanan lain seperti
nasi lemak, nasi goreng, kuih-muih, bihun dan mi goreng yang lebih
berkhasiat.
Syed Azlan Syed Abdul Halim, 29, berkata, tanpa roti canai, dia boleh makan
nasi lemak yang lebih cepat disediakan kerana telah dimasak terlebih dahulu.
“Lagipun, nasi lemak mempunyai pelbagai pilihan lauk-pauk yang lebih
menyelerakan serta penuh berkhasiat. Pengambilan sarapan pagi yang ‘lebih
berat’ berbanding roti canai merupakan faktor penting untuk memulakan hidup
kita seharian,’’ katanya.
Syed Azlan ditanya mengenai langkah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim
Malaysia (PPRMM) Johor yang berhasrat menghentikan jualan roti canai mulai
minggu depan, jika kenaikan harga tepung gandum kini tidak dibendung.
Penganalisis teknologi maklumat (IT) di sebuah syarikat swasta di ibu kota
itu turut menyifatkan tindakan pengusaha untuk menghentikan jualan roti
canai sebagai `merajuk’ dan hanya merugikan golongan peniaga sendiri.
Di samping itu, Syed Azlan turut berharap agar Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bertindak lebih tegas ke atas
pembekal barang keperluan harian yang menyorokkan tepung dan minyak masak,
kerana perbuatan itu mengundang panik di kalangan pengguna.
Bagi Mubarak Alam Shah, 60, pula, tindakan pengusaha, terutama restoran
mamak yang ingin menghentikan jualan roti canai adalah kurang bijak kerana
ia memberi peluang kepada peniaga lain untuk memonopoli menu itu.
‘‘Biarlah, sekarang pun banyak peniaga Melayu yang menjual roti canai di
sekitar ibu kota.
“Pada saya, jika benar harga tepung gandum naik, pengusaha boleh menaikkan
harga roti canai asalkan saiz dan ketebalannya turut dibesarkan,’’ jelasnya.
Dalam pada itu, seorang pesara, Yoe Gek Kee, 68, berpendapat, pengambilan
roti canai sebagai sarapan harian adalah amalan yang tidak sihat kerana
secara saintifiknya, menu itu terbukti mengandungi tahap kolesterol yang
tinggi.
‘‘Jadi jika pengusaha tidak mahu jual roti canai lagi, saya tidak terjejas
langsung. Sebagai warga emas, saya perlu mengelakkan pengambilan bahan
sedemikian,’’ katanya.
Seorang Pegawai Penilaian Harta, Junaidi Johari, 34, berpendapat, harga roti
canai di sesetengah restoran di sini yang mencecah RM1.20 membuatkan beliau
lebih selesa menukar menu sarapan paginya kepada bihun dan mee goreng.
‘‘Selain kandungan kolesterol yang lebih rendah, bihun dan mee goreng juga
lebih mengenyangkan dan berkhasiat berbanding roti canai,’’ ujarnya.
Junaidi menambah, pengambilan roti canai untuk sarapan setiap hari merupakan
salah satu sebab mengapa para penggemar makanan itu lebih mudah diserang
sakit jantung.
Bagi seorang peniaga, Muhammad Fadhil Abd. Rasit, 23, pula, beliau langsung
tidak peduli jika pengusaha di sini berhasrat untuk menghentikan jualan roti
canai di premis masing-masing.
‘‘Kebanyakan pengusaha ‘menipu’ apabila memanas dan menghidangkan roti canai
yang telah siap lebih satu jam sebelum dipesan. Jadi bila bersarapan di
kedai, saya lebih senang memilih nasi lemak atau kuih-muih yang lebih
berkhasiat dan enak,’’ jelasnya.
|
|