|
Kerajaan semak harga bahan api
KUALA LUMPUR: Semakan harga bahan api akan berdasarkan kepada usaha untuk
menjadikan penggunaan subsidi lebih produktif berbanding harga minyak mentah
yang tinggi, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Beliau berkata, jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan bukan hanya untuk bahan
api, tetapi juga komoditi penting berjumlah RM40 bilion, menyamai jumlah
dibelanjakan untuk pembangunan projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)
dalam setahun.
Pekerja stesen minyak kejar pemandu guna not palsu isi minyak
KULIM: Tindakan berani tiga pekerja stesen minyak di Sungai Seluang, Lunas, di
sini, mengejar kereta dinaiki dua lelaki dan seorang wanita, berjaya membongkar
kegiatan sekumpulan penipu yang menggunakan wang kertas palsu RM100.
Penangkapan suspek itu membawa kepada penemuan polis not RM100 disyaki palsu
bernilai lebih RM2,000 yang dipercayai cuba digunakan di pelbagai premis
perniagaan di utara tanah air.










| |
|
Ahad
06 Januari 2008 |
27
Zulhijah 1428 |
 |
Rencana
|
|
Episod Chua Soi Lek: Takkan
pemimpin MCA saja perlu letak jawatan?
|
Berita Utama
Nasional
Dalam Negeri
Luar Negara
Rencana
Sukan
|
|
Oleh: Dr
Lo'Lo' Mohd Ghazali
Kata Timbalan Perdana
Menteri, Najib Tun Razak tentang skandal seks, ahli-ahli parti mesti
berdisiplin dan berkelakuan sewajarnya pada bila-bila masa. Oleh kerana
Pilihan Raya Umum (PRU) akan berlaku bila-bila masa, isu yang melibatkan
kepimpinan parti akan kerap muncul. Itu kata-kata Najib.
Kata Menteri KEKKWA dalam TV pula, sebagai pemimpin kita seumpama duduk
dalam rumah kaca, sentiasa diperhatikan. Jadi kena jaga kelakuan biar
bersesuaian dgn budaya dan etika.
Begitulah komen pimpinan Umno, tiada langsung menyebut tentang masalah moral
dan akhlak, tiada langsung rujukan kepada larangan Allah, tiada tersentuh
langsung dosa dan pahala. Yang ditakuti ialah imej yang tercemar, budaya dan
etika. Yang dirisaukan kerana pilihan raya sudah dekat, kalau baru menang
PRU mungkin akan dikatakan buatlah semahunya, bukankah rakyat Malaysia cepat
lupa?
Skandal seks bukan sahaja isu MCA, tetapi juga isu Umno dan MIC. Saya bukan
bercakap omong kosong. Fail-fail mahkamah membuktikannya. Mungkin Dolah,
Najib dan Rais Yatim sudah lupa atau buat-buat lupa, tapi saya dan saya
percaya ramai lagi tidak lupa. Tentu masih ingat kes skandal seks Vijandran
di mana bahan bukti 'hilang' dari simpanan polis. Masih baru lagi rasanya
dalam ingatan saya bagaimana seorang Ketua Wanita Umno sebuah kawasan
pinggir KL mati dibunuh di sebuah hotel di Pudu. Begitu juga kes Ketua
Wanita Umno Sabah juga mati dibunuh dalam hotel.
Sungguh memalukan apabila dalam perbicaraan kedua-dua kes bunuh itu,
didedahkan pemimpin Wanita Umno melakukan hubungan seks terlarang dengan
pasangan masing-masing yang sudah tentunya bukan suami mereka. Malu dan
mengaibkan. Oleh kerana cerita itu jauh dari PRU maka kes tersebut 'hilang'
begitu sahaja dalam mahkamah.
Jangan disebut lagi cerita-cerita yang didengar tentang pemimpin yang
dikatakan terlibat dengan gadis bawah umur, merogol pembantu rumah sehingga
mengandung, ditangkap khalwat, hubungan dengan artis dan selebriti. Masa
kempen pilihan raya kecil di Kelantan pun, ada wakil rakyat yang ambil
kesempatan berasmara-dana dengan senator!
Sorang suami orang, sorang lagi isteri orang. Itu belum disenaraikan lagi
pimpinan BN yang berjudi hingga berhutang berjuta RM, yang tidak segan silu
minum arak dan mengaku pula tu, yang nampak bersahaja memegang bahu wanita
bukan mahramnya, yang berpeluk dan berlaga pipi kerana terlalu 'happy'. Ini
semua budaya mereka, Cuma jangan bocor atau kata budak-budak sekarang
'jangan kantoi' macam Menteri Kesihatan.
Bekas Menteri Kesihatan sekurang-kurangnya berani mengaku di hadapan rakyat,
yang lain-lain sembunyi belakang seluar dan baju kot 'bos'. "U scratch my
back, I scratch your back". Pandai makan pandai simpan. Yang lagi smart,
jika kantoi, hantar kapak untuk diamkan macam kes Mustakizah, bagi minum
racun macam kes heroin filem Tamil yang dikatakan ada skandal dengan anak
menteri. Yang paling smart bila kantoi, letupkan aje dengan peledak C4, biar
hancur berkecai bahan bukti hidup yang boleh bercakap.
Kepada saudara mara saya yang masih duduk dalam kapal Umno: Kak Mun, Abang
Man, Dato Wan dan Datin serta yang lain-lain, insaf-insaflah. Sudah-sudahlah
tu. Takkan kita nak terus menerus sokong kemungkaran yang berlaku depan
mata. Lepas satu, satu telur tembelang Umno/BN pecah, baunya membuatkan kami
semua muntah. Larat lagi ke nak duduk dalam kapal tu? Berbaloikah kerja
keras Kak Mun? Kata-kata Najib dan Rais jelas membuktikan tiada nahi mungkar
dalam Umno/BN. Amal maaruf mungkin ada, tetapi nahi mungkar, nahi!
Kepada Sahibus Samahah Mufti yang kuat mempertahankan sunnah, yang dengar
cerita berjalan jauh dibawa menantu PM, takkan nak diam diri. Bersuaralah,
katakan sesuatu. Kapal Umno/BN semakin pincang dan senget. Kalau setakat
jadi pegawai kerajaan tu biasalah, tapi kalau dah bersekongkol dan cenderung
dengan program parti, itu namanya telah lari dari landasan dan tujuan asal
pegang jawatan Mufti, atau mungkin juga firasat saya salah kot. Bimbang bila
dah termakan budi tak sanggup nak kritik dah lagi.
Polis pun turut melatah. Turun sedozen ahli-ahli forensik polis. Yang
disiasat hotel tempat berlaku adegan panas. Perlakuan yang panas membakar,
jijik, hina, berdosa dan salah disisi undang-undang negara pun nampak macam
tiada tindakan akan diambil. Melakukan zina, melakukan seks luar tabii dan
menonton bahan lucah semuanya salah di sisi undang-undang negara. Kira dah
letak semua jawatan selesai kes, tutup fail, buang dan bakar DVD. Cukuplah
tu, jangan diganggu lagi dia, malah bagi liputan untuk dia menyuarakan
luahan hati dan perasaan. Jadikan dia hero kerana berani bukan kerana benar.
Letih dan lemas kita dengan bau busuk bangkai dan telur tembelang Umno/BN.
Yang malu bukan sahaja ahli Umno/BN tetapi kita juga selaku rakyat Malaysia.
Selepas ni mana nak letak slogan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):
Amalkan cara hidup sihat, jauhi seks bebas, cegah HIV/AIDS. Selepas ini apa
kita nak cakap kepada remaja-remaja dan budak sekolah dalam kempen KKM.
Jangan berzina, tapi kalau nak buat juga pakai kondom dan jangan kantoi!
Astaghfirullah... sesak dada sebab SOB (short of breath).
|
|