AkhbarDaily

Portal Akhbar Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Berita Terkini

Minyak masak dicatu - Dihad beli 5 kilogram sahaja seorang

PUTRAJAYA: Mulai minggu depan, orang ramai akan dihadkan membeli minyak masak maksimum lima kilogram sahaja bagi menangani masalah kekurangan bahan itu yang semakin meruncing.

Ka Ting pangku jawatan Menteri Kesihatan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan pelantikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting sebagai pemangku Menteri Kesihatan berkuat semalam.

Pulangkan yuran tandas

JOHOR BAHRU: Sebuah sekolah menengah di Permas Jaya di sini telah diarah memulangkan semula yuran penyelenggaraan tandas sebanyak RM5 yang dikenakan ke atas para pelajarnya pada Isnin ini.

Lagi..


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Jumaat 04 Januari 2008

25 Zulhijah 1428

 

bullet

Sukan

BWF 'dera' pemain negara

Berita Utama

bullet

Kes Dr Chua Soi Lek tidak berakhir dengan peletakan jawatan

bullet

Dedikasi terhadap kerja, parti punca kejatuhan saya – Soi Lek

 

Nasional
bullet

Pegawai kastam maut ketika penggambaran

bullet

GMI tetap anjur program bantah ISA 5 Januari ini walau tiada permit

bullet

JPJ guna alat baru uji cermin gelap

 

Dalam Negeri
bullet

Orang politik antara 16 saksi dipanggil Suruhanjaya Diraja

bullet

Negara tidak akan bankrap jika harga minyak diturunkan

bullet

Mayat remaja dibawa arus ditemui terapung

bullet

Sesi persekolahan 2008 lancar

 

Luar Negara
bullet

Tahun lalu paling selamat – IATA

bullet

Bush tak lawat pusara Arafat

bullet

21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari

 

Rencana

bullet

Serangan DVD skandal VVIP dijangka merebak ke Pahang

bullet

Bijak merencana azam tahun baru

bullet

LPKP mesti tegas siasat syarikat bas

 

Sukan

bullet

Real Madrid, Barca mara ke pusingan ke-5

bullet

Chelsea dapatkan bintang Serbia

bullet

Liverpool tidak putus asa

bullet

BWF 'dera' pemain negara

 

 

 

Sekilas pandang, tiada apa yang aneh apabila pemain utama negara, Lee Chong Wei diundi bertemu rakan seperguruannya, Hafiz Hashim (gambar), di pusingan pertama badminton Terbuka Malaysia, bermula 15 Januari ini.

Malah pertemuan pada peringkat sama di antara dua pemain wanita terbaik negara, Wong Mew Choo dan Julia Wong, juga tidak mengundang rasa hairan.

Tetapi dengan tempoh akhir pemburuan mata kelayakan Sukan Olimpik kian hampir, ia bermakna Hafiz dan Julia mampu dinafikan peluang mengutip mata sebanyak mungkin andainya kecundang awal nanti.

Apa yang menariknya, situasi itu mampu dielakkan jika Persekutuan Badminton Dunia (BWF) - badan bertanggungjawab mengendalikan undian kejohanan itu - patuh menuruti peraturan pertandingan ciptaannya.

Artikel 12.10.3 Peraturan Pertandingan Umum BWF menggariskan bahawa 'selagi boleh, mana-mana penyertaan daripada satu Ahli Persatuan tidak harus bertemu di pusingan pertama.'

Malaysia mempunyai tujuh pemain dalam acara perseorangan lelaki. Selain Chong Wei dan Hafiz, turut bersaing dalam undian utama nanti ialah Roslin Hashim, Wong Choong Hann, Yeoh Kay Bin, Lee Tsuen Seng dan Sairol Amar Ayob.

Roslin dan Sairol juga berdepan dilema sama apabila bakal bertemu satu sama lain di pusingan pertama.

Kecuali Chong Wei yang sudah pasti terjamin kemaraan ke Beijing - selain mungkin Kay Bin dan Sairol yang agak jauh tercicir - empat lagi pemain lainnya masih bersaing untuk merebut satu lagi tempat sebagai wakil negara ke temasya itu nanti.

Ada kemungkinan BWF cuba berselindung dengan hakikat jumlah ramai pemain lelaki negara menyukarkan pemisahan untuk undian berkenaan, tetapi sukar pula dicari justifikasinya dalam situasi membabitkan Mew Choo dan Julia.

Mew Choo, pilihan kelapan kejohanan, tampak terjamin kemaraan ke Beijing nanti hasil kedudukan kelapan ranking dunia ketika ini.

Tetapi kedudukan Julia belum tentu kerana Malaysia hanya boleh menurunkan dua pemain dalam perseorangan wanita di Beijing nanti jika kedua-duanya tergolong dalam 16 pemain teratas ranking dunia sebaik tamat tempoh kelayakan, 1 Mei nanti.

Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh, menegaskan badan induk itu akan cuba mendapatkan penjelasan daripada BWF berhubung senario berkenaan.

"Sudah tentu kami mahu pemain negara mempamer prestasi terbaik dan meraih sebanyak mungkin mata kelayakan ke Sukan Olimpik. Ianya penting kerana tempoh kelayakan hanya tinggal empat bulan sahaja," katanya.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Saturday January 05, 2008 06:44:16 AM +0800.