|
Minyak masak dicatu - Dihad beli 5 kilogram sahaja seorang
PUTRAJAYA: Mulai minggu depan, orang ramai akan dihadkan membeli minyak masak
maksimum lima kilogram sahaja bagi menangani masalah kekurangan bahan itu yang
semakin meruncing.
Ka Ting pangku jawatan Menteri Kesihatan
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan
pelantikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting
sebagai pemangku Menteri Kesihatan berkuat semalam.
Pulangkan yuran tandas
JOHOR BAHRU: Sebuah sekolah menengah di Permas Jaya di sini telah diarah
memulangkan semula yuran penyelenggaraan tandas sebanyak RM5 yang dikenakan ke
atas para pelajarnya pada Isnin ini.
Lagi..










| |
|
Jumaat
04 Januari 2008 |
25
Zulhijah 1428 |
 |
Sukan
|
|
Liverpool tidak putus asa
|
Berita Utama
Nasional
Dalam Negeri
Luar Negara
Rencana
Sukan
|
|
Harapan kelihatan tipis tetapi Rafael Benitez menegaskan Liverpool masih
bersaing bagi merebut mahkota Liga Perdana England.
Pengurus Liverpool itu menyatakan demikian meskipun pasukannya tercicir 12
mata di belakang pendahulu liga, Arsenal, selepas terikat 1-1 dengan Wigan
Athletic kelmarin.
Selepas seri tanpa gol dengan Manchester City Ahad lalu, Liverpool terdesak
untuk memungut mata penuh bagi merapatkan jurang dengan Arsenal tetapi
gagal.
Dengan City menang 2-0 ke atas Newcastle United menyaksikan kelab Manchester
itu melompat ke tangga keempat mengatasi kelab pimpinan Benitez ini.
Liverpool masih perlu bertandang ke kelab tiga tangga teratas - Arsenal,
Manchester United dan Chelsea - selepas hanya memungut dua mata dalam
perlawanan di padang sendiri dengan tiga pasukan tersebut.
Sungguhpun pasukannya gagal memenangi lima daripada lapan perlawanan
terakhirnya, Benitez tetap percaya Liverpool masih mempunyai peluang
mengakhiri penantian 18 tahun bagi merebut kejuaraan liga, yang kali
terakhir dimenanginya pada 1990.
"Memang jelas jurang semakin lebar tetapi saya pernah menyatakan sebelum ini
bahawa persaingan musim ini merupakan satu perjalanan yang jauh dan anda
perlu memikir perlawanan satu persatu.
"Jika anda fikirkan tentang perbezaan, saya fikir akan merasakan lebih
tekanan," kata Benitez, yang pasukannya memulakan kempen Piala FA dengan
menentang pasukan yang sedang terkial-kial dalam Liga Bahagian Tiga, Luton
Town.
"Yang jelas ialah anda perlu cuba bermain dengan baik, membuka
peluang-peluang jaringan, menjaringkan gol-gol dan memenangi perlawanan, di
samping memantau keadaan setiap minggu," tambah jurulatih dari Sepanyol itu.
"Kami dalam kedudukan yang sukar (untuk memburu pendahulu liga ) dan
masalahnya ialah sekalipun kami banyak membuka peluang tetapi gagal untuk
menjaringkan gol kedua bagi memenangi perlawanan," katanya lagi.
Benitez turut mempertahankan polisinya meletakkan Fernando Torres sebagai
penyerang tunggal selama 82 minit dalam perlawanan dengan Wigan.
Torres membuka jaringan sejurus selepas rehat tetapi Titus Bramble
menyumbatkan gol penyamaan pasukan pelawat 10 minit sebelum tamat permainan,
yang menarik Wigan daripada kedudukan tiga tangga terbawah.
"Kami cuba bermain dengan menggunakan dua pemain sayap bagi membuka peluang
kepada (Steven) Gerrard untuk masuk ke kawasan penalti," jelas Benitez.
Pengurus Wigan, Steve Bruce, berjaya melegakan kedudukan pasukannya dengan
berkongsi satu mata di Anfield dan kemudian mendedahkan beliau akan
menguatkan sedikit skuadnya semasa tempoh pemindahan dibuka semula bulan
ini.
"Kami akan berada dalam kedudukan serupa ini dan dengan sokongan pengerusi,
saya berharap dapat menambah tiga atau empat muka baru bagi menguatkan
sedikit skuad kami," jelas Bruce.
|
|