AkhbarDaily

Portal Akhbar Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Berita Terkini

Minyak masak dicatu - Dihad beli 5 kilogram sahaja seorang

PUTRAJAYA: Mulai minggu depan, orang ramai akan dihadkan membeli minyak masak maksimum lima kilogram sahaja bagi menangani masalah kekurangan bahan itu yang semakin meruncing.

Ka Ting pangku jawatan Menteri Kesihatan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan pelantikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting sebagai pemangku Menteri Kesihatan berkuat semalam.

Pulangkan yuran tandas

JOHOR BAHRU: Sebuah sekolah menengah di Permas Jaya di sini telah diarah memulangkan semula yuran penyelenggaraan tandas sebanyak RM5 yang dikenakan ke atas para pelajarnya pada Isnin ini.

Lagi..


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Jumaat 04 Januari 2008

25 Zulhijah 1428

 

bullet

Sukan

Chelsea dapatkan bintang Serbia

Berita Utama

bullet

Kes Dr Chua Soi Lek tidak berakhir dengan peletakan jawatan

bullet

Dedikasi terhadap kerja, parti punca kejatuhan saya – Soi Lek

 

Nasional
bullet

Pegawai kastam maut ketika penggambaran

bullet

GMI tetap anjur program bantah ISA 5 Januari ini walau tiada permit

bullet

JPJ guna alat baru uji cermin gelap

 

Dalam Negeri
bullet

Orang politik antara 16 saksi dipanggil Suruhanjaya Diraja

bullet

Negara tidak akan bankrap jika harga minyak diturunkan

bullet

Mayat remaja dibawa arus ditemui terapung

bullet

Sesi persekolahan 2008 lancar

 

Luar Negara
bullet

Tahun lalu paling selamat – IATA

bullet

Bush tak lawat pusara Arafat

bullet

21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari

 

Rencana

bullet

Serangan DVD skandal VVIP dijangka merebak ke Pahang

bullet

Bijak merencana azam tahun baru

bullet

LPKP mesti tegas siasat syarikat bas

 

Sukan

bullet

Real Madrid, Barca mara ke pusingan ke-5

bullet

Chelsea dapatkan bintang Serbia

bullet

Liverpool tidak putus asa

bullet

BWF 'dera' pemain negara

 

 

 

Chelsea memberi isyarat awal untuk membelanjakan 50 juta pound bagi mendapatkan pemain baru dengan persetujuan untuk mendapatkan bintang Serbia, Branislav Ivanovic, dengan bayaran 8.9 juta pound.

Pemain tengah Lokomotiv Moscow itu akan ke London minggu ini untuk menurunkan tanda tangannya selepas Chelsea mengatasi persaingan untuk mendapatkan pemain itu daripada Manchester United dan Juventus.

Bos Chelsea, Avram Grant, bertindak untuk membuat pembelian besarnya yang pertama dalam bulan ini selepas mendapat lampu hijau daripada Roman Abramovic.

Sekarang beliau mahu mendapatkan dua penyerang pula, iaitu Nicolas Anelka dari Bolton Wanderers dan Dimitar Berbatov dari Tottenham Hotspur, selain daripada seorang bek kanan dan seorang pemain midfield lagi.

Ivanovic yang berusia 23 tahun, sebelum ini dijangka berganding dengan rakan senegaranya dari Serbia di Old Trafford, Nemanja Vedic, tetapi United menjadi tawar hati dengan harga yang diminta oleh Lokomotiv.

Tetapi Grant pula memutuskan bahawa beliau tidak boleh cerewet selepas terbang ke Moscow dalam Oktober lalu untuk melihat sendiri pemain tersebut.

Dengan kapten John Terry dijangka berehat selama enam minggu selepas tiga tulang tapak kakinya patah, senarai pemain Chelsea akan mengecut lagi apabila Michael Essien mengalihkan pandangannya ke Piala Negara-Negara Afrika minggu depan.

Difahamkan, kedatangan Ivanovic ke London akan diikuti oleh Anelka.

Penyerang Perancis itu dijadualkan menyempurnakan perpindahan yang bernilai 10 juta pound.

Anelka berkata: "Pengerusi Bolton dan Chelsea sedang membincangkan pemindahan dan saya harap ia akan berlaku. Saya mahu ke kelab yang lebih besar."

Grant juga sedang menimbangkan untuk mendapatkan Berbatov dengan harga 26 juta pound.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Saturday January 05, 2008 06:44:16 AM +0800.