|
Minyak masak dicatu - Dihad beli 5 kilogram sahaja seorang
PUTRAJAYA: Mulai minggu depan, orang ramai akan dihadkan membeli minyak masak
maksimum lima kilogram sahaja bagi menangani masalah kekurangan bahan itu yang
semakin meruncing.
Ka Ting pangku jawatan Menteri Kesihatan
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan
pelantikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting
sebagai pemangku Menteri Kesihatan berkuat semalam.
Pulangkan yuran tandas
JOHOR BAHRU: Sebuah sekolah menengah di Permas Jaya di sini telah diarah
memulangkan semula yuran penyelenggaraan tandas sebanyak RM5 yang dikenakan ke
atas para pelajarnya pada Isnin ini.
Lagi..










| |
|
Jumaat
04 Januari 2008 |
25
Zulhijah 1428 |
 |
Sukan
|
|
Real Madrid, Barca mara ke
pusingan ke-5
|
Berita Utama
Nasional
Dalam Negeri
Luar Negara
Rencana
Sukan
|
|
Real Madrid memerlukan
jaringan pada masa kecederaan daripada Jose Maria Gutti Gutierrez untuk
menewaskan Alicante 2-1, kelmarin - sekali gus mara ke pusingan kelima
kejohanan bola sepak Copa del Rey.
Ketika perlawanan kedua di Santiago Bernabeu kelihatan seakan-akan mahu
diheret ke masa tambahan, Guti menjaringkan gol dari jarak yang tampak sukar
untuk membolehkan Madrid melepasi halangan pasukan Divisyen Tiga, Alicante
dengan agregat 3-2.
Di Nou Camp, Santi Ezquero menjaringkan dua gol membolehkan Barcelona seri
2-2 dengan pasukan Divisyen Dua, Alcoyano dan membolehkan pasukan Catalan
itu mara dengan agregat 5-2.
Kedua-dua perlawanan itu adalah sebahagian daripada 14 perlawanan Piala
Sepanyol kelmarin, dan ia melengkapkan pasukan ke peringkat perlawanan
pusingan 16 pasukan akhir.
Di Madrid, pemain sayap Arjen Robben memberi gol pendahuluan buat Madrid
pada minit ke-31 selepas memecut dari bahagian sayap kiri sebelum
menyudahkan hantaran silang Gonzalo Higuain dengan kaki kirinya.
Francisco Borja menyamakan kedudukan buat Alicante, apabila dia menanduk
rendah melepasi Jerzy Dudek yang merebahkan badan pada minit ke-65, namun
Guti memastikan kemenangan dengan jaringannya pada minit ketiga masa
kecederaan.
"Anda sentiasa harus bermain baik untuk Real dan juga ketika berdepan Real
kerana ia adalah kelab besar, Alicante berusaha keras berdepan kami. Kami
gembira dengan keputusan tetapi bukan dengan cara kami bermain," kata Dudek.
"Kami memberi mereka sedikit ruang, tetapi kami mara. Saya tidak fikir ada
perbincangan," kata pengurus Madrid, Bernd Schuster.
|
|