|
Minyak masak dicatu - Dihad beli 5 kilogram sahaja seorang
PUTRAJAYA: Mulai minggu depan, orang ramai akan dihadkan membeli minyak masak
maksimum lima kilogram sahaja bagi menangani masalah kekurangan bahan itu yang
semakin meruncing.
Ka Ting pangku jawatan Menteri Kesihatan
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan
pelantikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting
sebagai pemangku Menteri Kesihatan berkuat semalam.
Pulangkan yuran tandas
JOHOR BAHRU: Sebuah sekolah menengah di Permas Jaya di sini telah diarah
memulangkan semula yuran penyelenggaraan tandas sebanyak RM5 yang dikenakan ke
atas para pelajarnya pada Isnin ini.
Lagi..










| |
|
Jumaat
04 Januari 2008 |
25
Zulhijah 1428 |
 |
Rencana
|
|
Serangan DVD skandal VVIP
dijangka merebak ke Pahang
|
Berita Utama
Nasional
Dalam Negeri
Luar Negara
Rencana
Sukan
|
|
Oleh:
Ruhanie Ahmad
Proses pembunuhan karektor ke
atas beberapa VVIP politik Barisan Nasional (BN), termasuk Umno, menerusi
penyebaran DVD atau buku yang dipercayai mengandungi babak-babak skandal,
termasuk skandal seks, dijangka merebak ke Pahang dalam tempoh terdekat ini.
Sumber-sumber memberitahu blog ini kuda-kepang.blogspot.com hari ini bahawa
serangan di Pahang dijangka tertumpua kepada dua kawasan Parlimen tertentu.
Motifnya dipercayai adalah untuk menyingkirkan mangsa sasaran skandal itu
daripada arus perdana politik Malaysia.
Sumber-sumber yang sama juga menegaskan bahawa proses pembunuhan karektor
ini dipercayai sebahagian daripada agenda konspirasi yang dipelopori sejak
dua tahun lalu oleh sesetengah pihak yang mendakwa rapat dengan seorang
pembesar tertentu.
Bagaimanapun, proses ini jadi semakin ketara kerana pilihan raya umum ke-12
dijangka diadakan pada tempoh suku pertama tahun 2008. [Blog ini sudah
menerima maklumat mengenai tarikh bila Parlimen Malaysia dijangka
dibubarkan. Tetapi, kerana maklumat ini perlu di siasat dengan lebih
terperinci, kisah pembubaran ini hanya akan saya poskan bila segala maklumat
mengenainya sudah saya pastikan secara muktamad.
Persoalannya pada hari ini ialah: siapakah di sebalik konspirasi berkenaan?
Benarkah konspirasi itu dikatakan direstui oleh seorang pembesar tertehtu?
Dan, apakah peluang BN jadi bertambah cerah jika beberapa tokoh VVIPnya
"dibunuh" menerusi konspirasi berkenaan?
Pada waktu yang sama, adakah apa yang terjadi ke atas menteri MCA yang hari
ini meletakkan jawatannya dalam kabinet, sebagai Ahli Parlimen, dan
keseluruhan jawatan di dalam MCA pusat, negeri dan bahagian, adalah
sebahagian daripada konspirasi tersebut?
Menteri MCA itu mengundurkan diri daripada politik kerana sebuah DVD yang
mengandungi adegan seks membabitkan dirinya dengan seorang wanita telah
disebarkan di Batu Pahat dan Muar sempena tahun baru 2008.
Beberapa sumber memberitahu blog ini hari ini bahawa penyebaran DVD itu
dipercayai dilakukan oleh seorang individu berpengaruh yang baru-baru ini
dikatakan telah dikecewakan oleh keputusan menteri berkenaan yang enggan
menyokong satu cadangan perniagaan berkaitan kesihatan di kawasan WPI.
Bagaimanapun, beberapa sumber lain pula memberitahu blog ini bahawa apa yang
terjadi ke atas menteri MCA itu adalah sebahagian daripada percaturan
politik yang besar di dalam parti tersebut, khususnya mengenai kemungkinan
MCA mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri II selepas pilihan raya umum
kelak.
Oleh itu, sukar untuk dipastikan sama ada kemungkinan konspirasi dalam MCA
itu juga adalah sebahagian daripada konspirasi yang akan menyebarkan DVD
atau buku ke dua kawasan Parlimen di Pahang tidak lama lagi.
Dalam pada itu, individu berpengaruh yang dipercayai kecewa dengan keputusan
menteri MCA itu dikatakan adalah seorang daripada anggota konspirasi yang
dijangka bergerak ke Pahang dalam tempoh terdekat ini.
Oleh itu, waspadalah. Konspirasi dan pembunuhan karektor kini seolah-olah
menjadi budaya politik Malaysia. Sesiapa yang mempunyai "jerangkung di dalam
gerobok" ketika ini, awas, anda mungkin jadi mangsa gerakan ini jika anda
tidak komited kepada pembesar berkenaan!
Sebagai satu imbasan sejarah, kira-kira 25 tahun yang lalu, Kerajaan Negeri
Kedah digegarkan dengan kontroversi klip video Mantoya yang dikatakan
mengandungi babak-babak pesta arak yang yang kononnya membabitkan seorang
individu tertentu di negeri berkenaan.
Pada ketika itu dunia belum lagi mengalami ledakan ICT. Ini bermakna
pengeluaran video fitnah seperti itu amat sukar untuk dilakukan melainkan
oleh pihak yang pakar mengenainya. Dan, pakar itu kononnya wujud di sebuah
negara jiran di utara.
Bagaimanapun, sama ada video itu sahih atau sebaliknya, individu yang
dibabitkan dalam video berkenaan pun meletakkan kesemua jawatannya dalam
kerajaan dan parti. Beliau bertindak demikian atas nama akauntabiliti
seorang pemimpin di peringkat negeri.
|
|