AkhbarDaily

Portal Akhbar Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Berita Terkini

Minyak masak dicatu - Dihad beli 5 kilogram sahaja seorang

PUTRAJAYA: Mulai minggu depan, orang ramai akan dihadkan membeli minyak masak maksimum lima kilogram sahaja bagi menangani masalah kekurangan bahan itu yang semakin meruncing.

Ka Ting pangku jawatan Menteri Kesihatan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan pelantikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting sebagai pemangku Menteri Kesihatan berkuat semalam.

Pulangkan yuran tandas

JOHOR BAHRU: Sebuah sekolah menengah di Permas Jaya di sini telah diarah memulangkan semula yuran penyelenggaraan tandas sebanyak RM5 yang dikenakan ke atas para pelajarnya pada Isnin ini.

Lagi..


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Jumaat 04 Januari 2008

25 Zulhijah 1428

 

bullet

Nasional

JPJ guna alat baru uji cermin gelap

Berita Utama

bullet

Kes Dr Chua Soi Lek tidak berakhir dengan peletakan jawatan

bullet

Dedikasi terhadap kerja, parti punca kejatuhan saya – Soi Lek

 

Nasional
bullet

Pegawai kastam maut ketika penggambaran

bullet

GMI tetap anjur program bantah ISA 5 Januari ini walau tiada permit

bullet

JPJ guna alat baru uji cermin gelap

 

Dalam Negeri
bullet

Orang politik antara 16 saksi dipanggil Suruhanjaya Diraja

bullet

Negara tidak akan bankrap jika harga minyak diturunkan

bullet

Mayat remaja dibawa arus ditemui terapung

bullet

Sesi persekolahan 2008 lancar

 

Luar Negara
bullet

Tahun lalu paling selamat – IATA

bullet

Bush tak lawat pusara Arafat

bullet

21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari

 

Rencana

bullet

Serangan DVD skandal VVIP dijangka merebak ke Pahang

bullet

Bijak merencana azam tahun baru

bullet

LPKP mesti tegas siasat syarikat bas

 

Sukan

bullet

Real Madrid, Barca mara ke pusingan ke-5

bullet

Chelsea dapatkan bintang Serbia

bullet

Liverpool tidak putus asa

bullet

BWF 'dera' pemain negara

 

 

Jumaat | 04 Jan

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan sepenuhnya terhadap kesalahan cermin gelap menggunakan alat penguji baru dikenali sebagai ‘Auto Light Plus’ bermula tahun ini.

Pengarah Penguat Kuasanya, Salim Parlan, berkata jabatan itu akan menggunakan 150 alat mudah alih bernilai RM100,000 setiap satu yang baru diperoleh baru-baru ini di seluruh negara.

“Alat penguji yang baru diperoleh itu boleh digunakan untuk menyukat kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan pada bila-bila masa termasuk waktu malam.

“Sebelum ini kita menghadapi masalah kerana alat penguji hanya boleh digunakan pada siang hari, sekali gus menyukarkan kita mengambil tindakan terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap secara tidak sah,” katanya.

Katanya, masalah itu menyebabkan pihaknya kurang menumpukan penguatkuasaan terhadap kesalahan membabitkan penggunaannya sebelum ini.

Beliau berkata, sesebuah kenderaan hanya dibenarkan memasang cermin gelap dengan ketelusan cahaya tidak kurang daripada 70 peratus bagi cermin bahagian manakala cermin sisi dan belakang (50 peratus).

“Kelulusan untuk menggunakan cermin yang lebih gelap daripada itu perlu mendapat kelulusan daripada Menteri Pengangkutan. Bagaimanapun, kelulusan hanya akan diberi atas sebab kesihatan dan keselamatan saja,” katanya.

Salim mendedahkan taktik sebilangan pengimport dan penjual kereta import yang menipu pembeli dengan mendakwa kereta terbabit mendapat kelulusan untuk menggunakan cermin gelap.

“Puspakom dan JPJ tidak pernah memberi kebenaran sedemikian. Sebaliknya kita mengesan taktik mereka menukar cermin kereta terbabit ketika melalui pemeriksaan Puspakom,” katanya.

Beliau menasihatkan pemilik kenderaan supaya mematuhi peraturan itu atau berhadapan tindakan tegas JPJ.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Saturday January 05, 2008 06:44:16 AM +0800.