AkhbarDaily

Portal Akhbar Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Berita Terkini

Minyak masak dicatu - Dihad beli 5 kilogram sahaja seorang

PUTRAJAYA: Mulai minggu depan, orang ramai akan dihadkan membeli minyak masak maksimum lima kilogram sahaja bagi menangani masalah kekurangan bahan itu yang semakin meruncing.

Ka Ting pangku jawatan Menteri Kesihatan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan pelantikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting sebagai pemangku Menteri Kesihatan berkuat semalam.

Pulangkan yuran tandas

JOHOR BAHRU: Sebuah sekolah menengah di Permas Jaya di sini telah diarah memulangkan semula yuran penyelenggaraan tandas sebanyak RM5 yang dikenakan ke atas para pelajarnya pada Isnin ini.

Lagi..


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Jumaat 04 Januari 2008

25 Zulhijah 1428

 

bullet

Nasional

GMI tetap anjur program bantah ISA 5 Januari ini walau tiada permit

Berita Utama

bullet

Kes Dr Chua Soi Lek tidak berakhir dengan peletakan jawatan

bullet

Dedikasi terhadap kerja, parti punca kejatuhan saya – Soi Lek

 

Nasional
bullet

Pegawai kastam maut ketika penggambaran

bullet

GMI tetap anjur program bantah ISA 5 Januari ini walau tiada permit

bullet

JPJ guna alat baru uji cermin gelap

 

Dalam Negeri
bullet

Orang politik antara 16 saksi dipanggil Suruhanjaya Diraja

bullet

Negara tidak akan bankrap jika harga minyak diturunkan

bullet

Mayat remaja dibawa arus ditemui terapung

bullet

Sesi persekolahan 2008 lancar

 

Luar Negara
bullet

Tahun lalu paling selamat – IATA

bullet

Bush tak lawat pusara Arafat

bullet

21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari

 

Rencana

bullet

Serangan DVD skandal VVIP dijangka merebak ke Pahang

bullet

Bijak merencana azam tahun baru

bullet

LPKP mesti tegas siasat syarikat bas

 

Sukan

bullet

Real Madrid, Barca mara ke pusingan ke-5

bullet

Chelsea dapatkan bintang Serbia

bullet

Liverpool tidak putus asa

bullet

BWF 'dera' pemain negara

 

 

Jumaat | 04 Jan

KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan meneruskan program 'candlelight vigil' pada 5 Jan ini, di Dataran Merdeka, walaupun permohonan rayuan mereka untuk mendapatkan permit polis tidak diluluskan.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata program itu akan diteruskan memandangkan permohonan permit yang dipohon GMI sebelum ini ditolak pihak polis dengan beberapa alasan yang disifatkan tidak masuk akal dan mengarut.

Menurutnya, selepas menangguhkan program berkenaan yang sepatutnya diadakan pada 22 Dis lalu untuk memohon permit polis, pihaknya dimaklumkan bahawa permit tersebut tidak diluluskan dengan lima alasan.

Antaranya, GMI merupakan sebuah badan organisasi yang tidak berdaftar, GMI tidak mengemukakan surat kebenaran menggunakan tempat dari DBKL, terdapat kumpulan tertentu yang akan mengambil kesempatan untuk menimbulkan keadaan tidak tenteram, menggugat keselamatan dan ketenteraman awam, dan akan menyebabkan gangguan lalulintas dan keselamatan terhadap pengguna jalan raya.

Hanya dua jam, program aman

Beliau mengatakan bahawa program itu hanya berjalan sekitar dua jam iaitu bermula jam 8 hingga 10 malam, dengan hanya acara menyalakan lilin, di samping acara doa dan bertafakur.

"GMI tidak nampak di manakah yang dikatakan program ini akan menggugat keselamatan dan ketenteraman awam. Kita bukan berarak sambil melaungkan slogan, tetapi hanya berdoa dan bertafakur serta menyalakan lilin," tegas beliau, yang jelas kesal dengan penolakan permit yang dipohon GMI sebelum ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, petang semalam.

Sebelum ini, pada 26 Dis lalu, GMI telah mengemukakan permohonan permit, diikuti dengan penghantaran faks pada 28 Dis kepada Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Kemudiannya, GMI dipanggil berbincang dengan pegawai Cawangan Khas yang dikenali Ketua Inspektor Tan, 2 Jan. Bagaimanapun, pihak GMI terkejut apabila dimaklumkan bahawa polis bahawa mereka tidak menerima borang yang telah diisi sejak 26 Dis lalu.

Mengulas alasan yang digunakan polis untuk tidak meluluskan permit ini, Syed berkata GMI merupakan sebuah badan gabungan pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar serta lebih 83 buah pertubuhan menganggotai GMI.

"Selain itu, jika benar maklumat polis bahawa ada kumpulan tertentu yang akan mengambil kesempatan menimbulkan keadaan tidak tenteram, maka menjadi tanggungjawab polis untuk memastikan keselamatan awam, bukan bertindak menolak permohonan permit," tegas Syed lagi.

Berniat jahat, penuhi keinginan pihak yang terdesak, lawak

Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli, berkata alasan yang diberikan pihak polis itu adalah 'joke' apabila mengatakan program tersebut akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

"Bagaimana perkara belum berlaku, seperti kesesakan lalu lintas boleh dijadikan alasan? Sedangkan, jalan tersebut (Jalan Raja), memang ditutup pada setiap hari Sabtu kepada pengguna jalan raya. Selama ini, jika ada sebarang program di Dataran Merdeka, polis akan menutup jalan tersebut. Tidak pernah pula berlaku kesibukan luar biasa atau sebagainya. Saya lihat alasan ini sebagai satu jenaka," jelas beliau yang turut menyokong agar ia diteruskan bertepatan dengan hak yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia.

Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Ustaz Dr Badrul Amin Bahron, berkata ia adalah berniat jahat serta memenuhi keinginan pihak tertentu yang merasakan diri mereka tertekan dan terdesak.

Justeru, KeADILan menyokong penuh hasrat GMI untuk meneruskan program ini sebagai tanda sokongan terhadap semua tahanan ISA dan keluarga tahanan yang kini berada di Kem Kamunting, Perak.

Kempen kesedaran mengenai ISA

Manakala wakil Sisters In Islam, Norhayati Kaprawi, pula menegaskan pihaknya bimbang dengan penerimaan kebanyakan masyarakat terhadap penggunaan ISA.

"Tolak permit itu satu isu. Satu isu lagi yang saya bimbang ialah penerimaan masyarakat, yang nampaknya boleh menerima pelaksanaan akta tersebut. Mungkin mereka rasakan perkara itu (ditahan ISA) tidak kena pada mereka, jadi mereka bersikap tidak apa.

Bagi kami, mana-mana penahanan perlu mengikut landasan undang-undang yang ditetapkan. Justeru, kami di SIS dan GMI akan meneruskan kempen untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kezaliman ini," kata beliau, yang turut mendesak kerajaan agar memandang serius kepada perkara ini serta 'reasonable' dalam mengambil sebarang langkah.

Justeru, GMI mengajak rakyat yang prihatin untuk turut sama dalam menjayakan Malam Solidariti tersebut tanpa rasa bimbang atau takut.

"Seperti yang dinyatakan tadi, apa yang dilakukan cuma menyalakan lilin, berdoa dan bertafakur untuk menzahirkan keprihatinan dan kesetiakawanan kita terhadap ISA, undang-undang zalim yang perlu dimansuhkan," tegas Syed lagi.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Saturday January 05, 2008 06:44:16 AM +0800.