AkhbarDaily

Portal Akhbar Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Berita Terkini

Minyak masak dicatu - Dihad beli 5 kilogram sahaja seorang

PUTRAJAYA: Mulai minggu depan, orang ramai akan dihadkan membeli minyak masak maksimum lima kilogram sahaja bagi menangani masalah kekurangan bahan itu yang semakin meruncing.

Ka Ting pangku jawatan Menteri Kesihatan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan pelantikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting sebagai pemangku Menteri Kesihatan berkuat semalam.

Pulangkan yuran tandas

JOHOR BAHRU: Sebuah sekolah menengah di Permas Jaya di sini telah diarah memulangkan semula yuran penyelenggaraan tandas sebanyak RM5 yang dikenakan ke atas para pelajarnya pada Isnin ini.

Lagi..


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Jumaat 04 Januari 2008

25 Zulhijah 1428

 

bullet

Nasional

Pegawai kastam maut ketika penggambaran

Berita Utama

bullet

Kes Dr Chua Soi Lek tidak berakhir dengan peletakan jawatan

bullet

Dedikasi terhadap kerja, parti punca kejatuhan saya – Soi Lek

 

Nasional
bullet

Pegawai kastam maut ketika penggambaran

bullet

GMI tetap anjur program bantah ISA 5 Januari ini walau tiada permit

bullet

JPJ guna alat baru uji cermin gelap

 

Dalam Negeri
bullet

Orang politik antara 16 saksi dipanggil Suruhanjaya Diraja

bullet

Negara tidak akan bankrap jika harga minyak diturunkan

bullet

Mayat remaja dibawa arus ditemui terapung

bullet

Sesi persekolahan 2008 lancar

 

Luar Negara
bullet

Tahun lalu paling selamat – IATA

bullet

Bush tak lawat pusara Arafat

bullet

21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari

 

Rencana

bullet

Serangan DVD skandal VVIP dijangka merebak ke Pahang

bullet

Bijak merencana azam tahun baru

bullet

LPKP mesti tegas siasat syarikat bas

 

Sukan

bullet

Real Madrid, Barca mara ke pusingan ke-5

bullet

Chelsea dapatkan bintang Serbia

bullet

Liverpool tidak putus asa

bullet

BWF 'dera' pemain negara

 

 

Jumaat | 04 Jan

MUAR: Seorang pegawai kastam maut, manakala dua orang awam termasuk seorang pelakon cedera ketika penggambaran adegan kejar mengejar mencegah penyeludupan membabitkan bot laju untuk dokumentari Pasukan Gerak Cepat (PGC) Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di kuala Sungai Muar, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu, sebuah bot pancung yang disewa untuk penggambaran itu dikatakan terbabas sebelum merempuh sebuah bot perantas PGC kepunyaan Kastam Selangor.

Kejadian itu menyebabkan Mohd Noh Zainuddin, 34, terbunuh manakala pemandu bot berkenaan dikenali sebagai Gan Man Wah, 35, dan seorang lagi pelakon, Kamal Bakar, 30-an cedera.

Penggambaran dokumentari sempena Hari Kastam itu sejak Selasa lalu oleh sebuah syarikat penggambaran, Excellent Pictures Sdn Bhd, dari Kuala Lumpur turut membabitkan lakonan pegawai dan anggota kastam menggunakan tiga bot PGC dan dua bot pancung yang disewa.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, berkata dalam kemalangan itu, pegawai kastam berkenaan yang dipercayai patah tengkuk dan rusuk meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila tiga bot PGC iaitu satu bot perantas dari Kastam Selangor dan dua bot perantas dari Kastam Muar, iaitu bot penumpas dan pemintas melakonkan adegan mengejar dua bot pancung dalam penggambaran berkenaan.

"Dalam adegan itu, tiba-tiba bot pancung yang dinaiki ketiga-tiga mangsa terbabas sebelum merempuh bot perantas menyebabkan bot berkenaan pecah dan karam," katanya.

Mohamad Nasir berkata, bagaimanapun, tujuh pegawai kastam yang menaiki bot perantas tidak cedera.

Katanya, ketiga-tiga mangsa dibawa ke jeti Tanjung Emas, di sini sebelum dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

"Bagaimanapun, Mohd Noh yang berasal dari Maran, Pahang dan mempunyai dua anak serta tinggal di Kompleks Kastam Jalan Bakri itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kamal yang parah kini dirawat di Unit Kecemasan dengan terpaksa menjalani ujian X-ray manakala Gan hanya cedera pada tangan dan dirawat sebagai pesakit luar," katanya.

Mohamad Nasri berkata, polis akan melakukan siasatan lanjut mengenai kejadian berkenaan.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Saturday January 05, 2008 06:44:16 AM +0800.