AkhbarDaily

Portal Akhbar Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Berita Terkini

Minyak masak dicatu - Dihad beli 5 kilogram sahaja seorang

PUTRAJAYA: Mulai minggu depan, orang ramai akan dihadkan membeli minyak masak maksimum lima kilogram sahaja bagi menangani masalah kekurangan bahan itu yang semakin meruncing.

Ka Ting pangku jawatan Menteri Kesihatan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan pelantikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting sebagai pemangku Menteri Kesihatan berkuat semalam.

Pulangkan yuran tandas

JOHOR BAHRU: Sebuah sekolah menengah di Permas Jaya di sini telah diarah memulangkan semula yuran penyelenggaraan tandas sebanyak RM5 yang dikenakan ke atas para pelajarnya pada Isnin ini.

Lagi..


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Jumaat 04 Januari 2008

25 Zulhijah 1428

 

bullet

Berita  Utama

Dedikasi terhadap kerja, parti punca kejatuhan saya – Soi Lek

Berita Utama

bullet

Kes Dr Chua Soi Lek tidak berakhir dengan peletakan jawatan

bullet

Dedikasi terhadap kerja, parti punca kejatuhan saya – Soi Lek

 

Nasional
bullet

Pegawai kastam maut ketika penggambaran

bullet

GMI tetap anjur program bantah ISA 5 Januari ini walau tiada permit

bullet

JPJ guna alat baru uji cermin gelap

 

Dalam Negeri
bullet

Orang politik antara 16 saksi dipanggil Suruhanjaya Diraja

bullet

Negara tidak akan bankrap jika harga minyak diturunkan

bullet

Mayat remaja dibawa arus ditemui terapung

bullet

Sesi persekolahan 2008 lancar

 

Luar Negara
bullet

Tahun lalu paling selamat – IATA

bullet

Bush tak lawat pusara Arafat

bullet

21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari

 

Rencana

bullet

Serangan DVD skandal VVIP dijangka merebak ke Pahang

bullet

Bijak merencana azam tahun baru

bullet

LPKP mesti tegas siasat syarikat bas

 

Sukan

bullet

Real Madrid, Barca mara ke pusingan ke-5

bullet

Chelsea dapatkan bintang Serbia

bullet

Liverpool tidak putus asa

bullet

BWF 'dera' pemain negara

 

 

Jumaat | 04 Jan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek percaya tindakannya yang kerap turun padang menjalankan tugas kerajaan dan parti telah menimbulkan andaian beliau bercita-cita besar dalam politik sehingga menjadi punca kejatuhannya.

Bekas Menteri Kesihatan dan Naib Presiden MCA itu berkata, lawatannya untuk memeriksa kemudahan kesihatan di seluruh negara dan menemui ahli akar umbi parti menimbulkan spekulasi beliau ada agenda politik dan menjadi sasaran pihak tertentu menjatuhkan kariernya.

‘‘Saya terpaksa pergi ke seluruh negara untuk mengetahui kemudahan perubatan dan membolehkan anggota MCA mengenali saya kerana saya adalah muka baru dalam politik peringkat nasional.

‘‘Kerana ini dan apabila saya menemui anggota parti semasa saya membuat lawatan, banyak spekulasi bahawa saya ada agenda dan saya bercita-cita tinggi, saya fikir itulah kesilapan terbesar saya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika sedang berkemas untuk mengosongkan pejabatnya di Kementerian Kesihatan di sini semalam.

Ahli politik berusia 61 tahun itu semalam meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan dan semua jawatan parti setelah mengakui bahawa beliau adalah lelaki dalam aksi seks rakaman salinan cakera video digital (DVD) yang diedarkan secara meluas di Johor baru-baru ini.

Soi Lek ialah anggota Exco Kerajaan Johor sebelum memegang jawatan Menteri Persekutuan tiga setengah tahun lalu.

Menurutnya, beliau berasa bangga kerana telah melawat lebih 100 hospital dan lebih 50 kemudahan kesihatan semasa menyandang jawatan Menteri Kesihatan.

Terdapat 131 hospital kerajaan di negara ini.

Katanya, semasa lawatan, ada kalanya beliau terkejut apabila dimaklumkan bahawa tidak ada ahli politik pernah melawat hospital berkenaan walaupun beroperasi sejak lebih 30 tahun.

‘‘Saya ingatkan mereka bergurau atau beramah sopan santun tetapi bila saya lihat hospital itu, ia ternyata benar. Tidak ada siapa pernah melawat hospital itu.

‘‘Satu contoh ialah banyak kemudahan kesihatan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Sentul, Wangsa Maju yang tiada ahli politik pernah melawat walaupun mula beroperasi tahun 60-an,” katanya.

Menurutnya, ketika diberi jawatan peringkat Persekutuan, beliau sering turun padang ke hospital seluruh negara untuk mengetahui situasi di peringkat akar umbi.

‘‘Ketika ‘mengembara’, anda akan berjumpa dengan ramai ahli (MCA). Jadi, banyak orang syak terhadap pergerakan saya. Mengapa orang ini begitu rajin menemui ahli... dia mesti mempunyai agenda politik sendiri...dia mesti seorang yang bercita-cita tinggi.

Kata beliau: ‘‘Keadaan diburukkan oleh media massa yang asyik menyebut Dr. Chua sebagai orang yang memberi persaingan kepada timbalan presiden dan presiden. Media massa membantu bunuh saya. Secara ikhlas, hakikatnya mata pena adalah lebih tajam daripada mata pedang.”

‘‘Orang yang mengesyaki saya adalah mereka yang akan mendapat manfaat berikutan tindakan mereka yang mengesyaki saya.

‘‘Ini Chua Soi Lek. Saya tidak akan berubah. Orang lain kata saya angkuh tetapi saya tidak berasa begitu kerana saya hanya menyatakan kebenaran,” katanya.

‘‘Saya bersetuju bahawa kementerian ini ialah kementerian neraka, bukan disebabkan tugas dalam kementerian tetapi sistem politiknya, iaitu apabila anda terlalu rajin, orang lain akan berfikir anda bercita-cita atau mempunyai agenda politik,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan memilih untuk bercuti selepas melalui pengalaman yang amat pahit, bekas Menteri Kesihatan itu berkata, beliau tidak akan berbuat demikian.

‘‘Tidak benar bahawa apabila seseorang kecewa, dia harus pergi bercuti, cara ini salah kerana ia hanya akan memberi lebih banyak masa kepada orang lain untuk berfikir, membuat spekulasi serta menambahkan kepahitan hidup saya.

‘‘Saya telah berterus-terang kepada 26 juta rakyat Malaysia mengenai kehidupan peribadi saya. Apa yang harus saya sedih? Saya telah meletakkan semua jawatan saya dalam kerajaan dan parti. Apa lagi yang mereka mahu? Mereka tidak boleh meminta kepala saya kerana pergelutan politik di Malaysia tidak membabitkan soal hidup mati seperti di Pakistan,” katanya,

‘‘Mereka (pemimpin akar umbi) harus faham bahawa jika saya menjelajah ke seluruh negara, saya harus mengeluarkan perbelanjaan sendiri. Saya terpaksa menempah (hotel dan penerbangan). Saya tidak tahu bagaimana untuk menempah tiket dan hotel kerana saya menikmati semua faedah ini daripada kerajaan sejak 18 tahun lalu.

‘‘Dari jawatan Exco Kerajaan Johor sehingga sekarang, tetapi itu okey, saya terima hakikatnya. Ia sebahagian daripada hidup dan saya perlu melangkah ke peringkat (hidup) yang lain. Masih mempunyai ruang hidup selain dunia politik,” katanya.

Kata Soi Lek: ‘‘Jika dijemput, saya akan hadir. Itu pun jika masih ada orang yang ingat kepada saya. Hakikatnya, sokongan banyak yang diterima itu akan berkurangan dan selepas tiga hari, telefon anda akan berhenti berdering.”

Katanya, beliau berada di Kementerian Kesihatan hari ini untuk mengemaskan barang peribadinya kerana Menteri Kesihatan yang baru mungkin akan menggunakan pejabat itu mulai Isnin ini.

Beliau turut menegaskan pengedaran DVD berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan persaingan perniagaan kerana dirinya tidak berkecimpung dalam sebarang perniagaan.

‘‘Ia tiada kaitan dengan perniagaan kerana saya tidak terlibat dalam perniagaan. Ia juga tidak melibatkan kewangan kerana tiada orang yang meminta wang daripada saya. Saya betul-betul tak tahu siapakah musuh saya. Sebagai seorang ahli politik, saya semestinya mempunyai ramai penyokong dan musuh.

‘‘Saya tidak peduli mengenai hal ini, kerana perkara ini tidak akan berakhir. Saya tidak tahu siapa buat dan polis juga akan hadapi masalah sama kerana ia (DVD) dihasilkan kira-kira enam hingga lapan bulan yang lalu. Jika anda melihat pita itu, terdapat tarikh padanya,” katanya.

Menurut Soi Lek, polis telah memintanya untuk tampil bagi memberikan kenyataan sekiranya beliau mempunyai kelapangan.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Saturday January 05, 2008 06:44:16 AM +0800.