AkhbarDaily

Portal Akhbar Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Berita Terkini

Minyak masak dicatu - Dihad beli 5 kilogram sahaja seorang

PUTRAJAYA: Mulai minggu depan, orang ramai akan dihadkan membeli minyak masak maksimum lima kilogram sahaja bagi menangani masalah kekurangan bahan itu yang semakin meruncing.

Ka Ting pangku jawatan Menteri Kesihatan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan pelantikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting sebagai pemangku Menteri Kesihatan berkuat semalam.

Pulangkan yuran tandas

JOHOR BAHRU: Sebuah sekolah menengah di Permas Jaya di sini telah diarah memulangkan semula yuran penyelenggaraan tandas sebanyak RM5 yang dikenakan ke atas para pelajarnya pada Isnin ini.

Lagi..


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Jumaat 04 Januari 2008

25 Zulhijah 1428

 

bullet

Luar Negara

Bush tak lawat pusara Arafat

Berita Utama

bullet

Kes Dr Chua Soi Lek tidak berakhir dengan peletakan jawatan

bullet

Dedikasi terhadap kerja, parti punca kejatuhan saya – Soi Lek

 

Nasional
bullet

Pegawai kastam maut ketika penggambaran

bullet

GMI tetap anjur program bantah ISA 5 Januari ini walau tiada permit

bullet

JPJ guna alat baru uji cermin gelap

 

Dalam Negeri
bullet

Orang politik antara 16 saksi dipanggil Suruhanjaya Diraja

bullet

Negara tidak akan bankrap jika harga minyak diturunkan

bullet

Mayat remaja dibawa arus ditemui terapung

bullet

Sesi persekolahan 2008 lancar

 

Luar Negara
bullet

Tahun lalu paling selamat – IATA

bullet

Bush tak lawat pusara Arafat

bullet

21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari

 

Rencana

bullet

Serangan DVD skandal VVIP dijangka merebak ke Pahang

bullet

Bijak merencana azam tahun baru

bullet

LPKP mesti tegas siasat syarikat bas

 

Sukan

bullet

Real Madrid, Barca mara ke pusingan ke-5

bullet

Chelsea dapatkan bintang Serbia

bullet

Liverpool tidak putus asa

bullet

BWF 'dera' pemain negara

 

 

Jumaat | 04 Jan

RAMALLAH: Pihak berkuasa rasmi Palestin melahirkan kekecewaan besar selepas mengetahui Presiden Amerika Syarikat, George W Bush yang dijangka melawat bandar ini tidak lama lagi, tidak bercadang untuk melawat makam Yasser Arafat.

Bush yang juga dijangka melawat Jericho dan Baitulaham tidak lama lagi, tidak merancang untuk lalu saja di bandar terletaknya makam itu.

Bush tidak akan berhenti untuk melawat makam Arafat yang baru dibina ketika lawatan ke bandar ini, kata sumber di Konsulat Amerika Syarikat kepada The Jerusalem Post.

Pihak berkuasa Palestin sudah membelanjakan berjuta dolar bagi membina makam di pekarangan Mukata atau kediaman presiden.

“Saya tidak menyedari apa-apa rancangan untuk memberi penghormatan di makam Arafat. Isu itu tidak ditimbulkan ketika persediaan lawatan Bush dan saya tidak yakin beliau akan melakukannya,” kata sumber itu.

Untuk mengelak daripada memalukan rakyat Palestin, Bush mungkin berjumpa Presiden Palestin Mahmoud Abbas di Baitulaham atau di pejabatnya di sini.

Menjelang lawatan Bush ke Asia Barat pada 9 Januari depan, pihak berkuasa Palestin mengumumkan bahawa pasukan keselamatannya di Tebing Barat berjaya menahan seorang pengebom bunuh diri daripada menyerang Israel.

Menteri Penerangan Palestin, Riad al-Malki, berkata pengebom itu dipercayai anggota Hamas dan ditahan sebelum sempat menjalankan misi itu.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Saturday January 05, 2008 06:44:16 AM +0800.