AkhbarDaily

Portal Akhbar Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Berita Terkini

Minyak masak dicatu - Dihad beli 5 kilogram sahaja seorang

PUTRAJAYA: Mulai minggu depan, orang ramai akan dihadkan membeli minyak masak maksimum lima kilogram sahaja bagi menangani masalah kekurangan bahan itu yang semakin meruncing.

Ka Ting pangku jawatan Menteri Kesihatan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan pelantikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting sebagai pemangku Menteri Kesihatan berkuat semalam.

Pulangkan yuran tandas

JOHOR BAHRU: Sebuah sekolah menengah di Permas Jaya di sini telah diarah memulangkan semula yuran penyelenggaraan tandas sebanyak RM5 yang dikenakan ke atas para pelajarnya pada Isnin ini.

Lagi..


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Jumaat 04 Januari 2008

25 Zulhijah 1428

 

bullet

Luar Negara

Tahun lalu paling selamat – IATA

Berita Utama

bullet

Kes Dr Chua Soi Lek tidak berakhir dengan peletakan jawatan

bullet

Dedikasi terhadap kerja, parti punca kejatuhan saya – Soi Lek

 

Nasional
bullet

Pegawai kastam maut ketika penggambaran

bullet

GMI tetap anjur program bantah ISA 5 Januari ini walau tiada permit

bullet

JPJ guna alat baru uji cermin gelap

 

Dalam Negeri
bullet

Orang politik antara 16 saksi dipanggil Suruhanjaya Diraja

bullet

Negara tidak akan bankrap jika harga minyak diturunkan

bullet

Mayat remaja dibawa arus ditemui terapung

bullet

Sesi persekolahan 2008 lancar

 

Luar Negara
bullet

Tahun lalu paling selamat – IATA

bullet

Bush tak lawat pusara Arafat

bullet

21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari

 

Rencana

bullet

Serangan DVD skandal VVIP dijangka merebak ke Pahang

bullet

Bijak merencana azam tahun baru

bullet

LPKP mesti tegas siasat syarikat bas

 

Sukan

bullet

Real Madrid, Barca mara ke pusingan ke-5

bullet

Chelsea dapatkan bintang Serbia

bullet

Liverpool tidak putus asa

bullet

BWF 'dera' pemain negara

 

 

Jumaat | 04 Jan

GENEVA: Bilangan kapal terbang terhempas pada 2007 adalah terendah dalam tempoh 44 tahun, menjadikannya tahun paling selamat dalam sejarah industri penerbangan dunia.

Sebanyak 136 kemalangan serius dicatatkan tahun lalu yang terendah sejak 1963, menurut laporan pejabat Rekod Kemalangan Pesawat.

Tambah agensi yang berpusat di Geneva itu, 965 orang terbunuh tahun lalu akibat kemalangan kapal terbang, jatuh sebanyak 25 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu berdasarkan jangkaan awal yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) jumlah penerbangan udara meningkat tiga peratus kepada 2.2 bilion penumpang tahun lalu.

Bagaimanapun pakar industri berkenaan berbeza pendapat tentang taraf keselamatan pada tahun lalu, bergantung bagaimana kita mengklasifikasikan sesuatu kemalangan serius.

Namun demikian mereka bersetuju secara keseluruhan bahawa keselamatan penerbangan adalah pada tahap terbaik.

“Kami beroperasi pada tahap tertinggi tentang tahap keselamatan sehingga satu atau dua kemalangan tidak akan menjejaskan keseluruhan industri,” kata seorang jurucakap IATA, Anthony Concil.

Kemalangan pesawat milik Tam Linhas Aereas SA jetliner pada 17 Julai lalu di Brazil, yang mengakibatkan 199 orang terbunuh merupakan kemalangan terburuk pada tahun lalu.

Tiada kemalangan besar berlaku di Eropah dan di Amerika Utara pula dengan 34 kemalangan yang berlaku sepanjang tahun lalu, ia masih berada pada paras terendah berbanding jumlah penerbangan yang semakin meningkat.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Saturday January 05, 2008 06:44:16 AM +0800.