AkhbarDaily

Portal Akhbar Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Berita Terkini

Minyak masak dicatu - Dihad beli 5 kilogram sahaja seorang

PUTRAJAYA: Mulai minggu depan, orang ramai akan dihadkan membeli minyak masak maksimum lima kilogram sahaja bagi menangani masalah kekurangan bahan itu yang semakin meruncing.

Ka Ting pangku jawatan Menteri Kesihatan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan pelantikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting sebagai pemangku Menteri Kesihatan berkuat semalam.

Pulangkan yuran tandas

JOHOR BAHRU: Sebuah sekolah menengah di Permas Jaya di sini telah diarah memulangkan semula yuran penyelenggaraan tandas sebanyak RM5 yang dikenakan ke atas para pelajarnya pada Isnin ini.

Lagi..


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Jumaat 04 Januari 2008

25 Zulhijah 1428

 

bullet

Dalam Negeri

Sesi persekolahan 2008 lancar

Berita Utama

bullet

Kes Dr Chua Soi Lek tidak berakhir dengan peletakan jawatan

bullet

Dedikasi terhadap kerja, parti punca kejatuhan saya – Soi Lek

 

Nasional
bullet

Pegawai kastam maut ketika penggambaran

bullet

GMI tetap anjur program bantah ISA 5 Januari ini walau tiada permit

bullet

JPJ guna alat baru uji cermin gelap

 

Dalam Negeri
bullet

Orang politik antara 16 saksi dipanggil Suruhanjaya Diraja

bullet

Negara tidak akan bankrap jika harga minyak diturunkan

bullet

Mayat remaja dibawa arus ditemui terapung

bullet

Sesi persekolahan 2008 lancar

 

Luar Negara
bullet

Tahun lalu paling selamat – IATA

bullet

Bush tak lawat pusara Arafat

bullet

21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari

 

Rencana

bullet

Serangan DVD skandal VVIP dijangka merebak ke Pahang

bullet

Bijak merencana azam tahun baru

bullet

LPKP mesti tegas siasat syarikat bas

 

Sukan

bullet

Real Madrid, Barca mara ke pusingan ke-5

bullet

Chelsea dapatkan bintang Serbia

bullet

Liverpool tidak putus asa

bullet

BWF 'dera' pemain negara

 

 

Jumaat | 04 Jan

KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan penggal 2008 di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya bermula serentak, semalam.

Sesi persekolahan baru di Kedah, Kelantan dan Terengganu sudah bermula kelmarin.

Nur Sofia Balqis Sudin, 7, murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (P) Methodist (2) yang bercita-cita menjadi guru, seronok berbual dengan rakan baru ditemuinya di sekolah itu.

Murid itu yang sebelum ini mengikuti pendidikan prasekolah di Sekolah Rendah Brickfields (1), hadir ke sekolah semalam dengan menaiki bas dan tidak berasa takut.

“Ibu bapa saya hanya datang selepas saya tiba di sekolah. Pada waktu rehat, saya ke kantin bersama-sama rakan sekelas, jadi ibu dan ayah tidak perlu menunggu di luar kelas sehingga tamat waktu sekolah,” katanya.

Rakan sekelas Nur Sofia, Sidney Yuean Xin Yie, 7, berkata dia bersedia untuk memulakan persekolahan dan tidak sabar mengenali lebih ramai rakan dalam kelas daripada pelbagai kaum.

Sehubungan itu, seorang guru sebuah sekolah di Bangsar, Fazlin Aryanti Talib, 29, berkata berbanding tahun lalu, murid Tahun Satu tahun ini lebih berdikari.

Sementara itu, tinjauan di beberapa sekolah lain mendapati masih ada ibu bapa yang mengeluh kerana jumlah yuran perlu dibayar masih tinggi walaupun selepas kerajaan memansuhkannya.

Di Seremban, seramai 18,842 murid Tahun Satu memulakan sesi persekolahan 2008 di 343 Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil di seluruh Negeri Sembilan.

Pengarah Pelajaran negeri, Abdullah Mohammad, berkata bilangan itu bertambah 5,472 orang berbanding 13,370 murid pada tahun lalu.

"Daripada jumlah itu, 13,110 adalah murid SK, 3,642 murid SJKC dan 2,090 murid SJKT. Dari segi bilangan sekolah, terdapat 200 SK, 82 SJKC dan 61 SJKT di seluruh negeri," katanya.

Abdullah berkata, murid yang memasuki Tahun Satu itu adalah mereka yang dilahirkan di antara 2 Januari 2001 hingga 1 Januari 2002.

"Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) gembira kerana segala urusan pada hari pertama persekolahan berjalan lancar. Lagipun, kebanyakan sekolah sudah menyelesaikan segala urusan, terutama bayaran yuran semalam (kelmarin)," katanya.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Saturday January 05, 2008 06:44:16 AM +0800.