AkhbarDaily

Portal Akhbar Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Berita Terkini

Minyak masak dicatu - Dihad beli 5 kilogram sahaja seorang

PUTRAJAYA: Mulai minggu depan, orang ramai akan dihadkan membeli minyak masak maksimum lima kilogram sahaja bagi menangani masalah kekurangan bahan itu yang semakin meruncing.

Ka Ting pangku jawatan Menteri Kesihatan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan pelantikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting sebagai pemangku Menteri Kesihatan berkuat semalam.

Pulangkan yuran tandas

JOHOR BAHRU: Sebuah sekolah menengah di Permas Jaya di sini telah diarah memulangkan semula yuran penyelenggaraan tandas sebanyak RM5 yang dikenakan ke atas para pelajarnya pada Isnin ini.

Lagi..


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Jumaat 04 Januari 2008

25 Zulhijah 1428

 

bullet

Dalam Negeri

Mayat remaja dibawa arus ditemui terapung

Berita Utama

bullet

Kes Dr Chua Soi Lek tidak berakhir dengan peletakan jawatan

bullet

Dedikasi terhadap kerja, parti punca kejatuhan saya – Soi Lek

 

Nasional
bullet

Pegawai kastam maut ketika penggambaran

bullet

GMI tetap anjur program bantah ISA 5 Januari ini walau tiada permit

bullet

JPJ guna alat baru uji cermin gelap

 

Dalam Negeri
bullet

Orang politik antara 16 saksi dipanggil Suruhanjaya Diraja

bullet

Negara tidak akan bankrap jika harga minyak diturunkan

bullet

Mayat remaja dibawa arus ditemui terapung

bullet

Sesi persekolahan 2008 lancar

 

Luar Negara
bullet

Tahun lalu paling selamat – IATA

bullet

Bush tak lawat pusara Arafat

bullet

21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari

 

Rencana

bullet

Serangan DVD skandal VVIP dijangka merebak ke Pahang

bullet

Bijak merencana azam tahun baru

bullet

LPKP mesti tegas siasat syarikat bas

 

Sukan

bullet

Real Madrid, Barca mara ke pusingan ke-5

bullet

Chelsea dapatkan bintang Serbia

bullet

Liverpool tidak putus asa

bullet

BWF 'dera' pemain negara

 

 

Jumaat | 04 Jan

KOTA BHARU: Mayat seorang remaja yang hilang dibawa arus ketika menyelamatkan dua rakannya, ditemui terapung di sungai Kampung Chegar Lapan, Dabong, dekat Kuala Krai, semalam.

Mayat Noraidi Mohamad, 17, ditemui pada jam 2.15 petang oleh Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan yang dibantu pelbagai agensi lain dan penduduk kampung.

Pegawai Penjaga Balai Bomba Kuala Krai, Mohd Nasir Hasan, berkata mayat mangsa ditemui kira-kira satu kilometer dari tempat dia dilaporkan terjatuh apabila bot yang dinaiki terbalik.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk dibedah siasat.

"Mayat mangsa diserahkan kepada ahli keluarganya dari Kampung Jernal, Dabong, untuk urusan pengebumian," katanya di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam Selasa lalu, Noraidi hilang dibawa arus, manakala anak saudaranya, Mohd Suhaimi Zakaria dan rakannya, Fadlizal Baharuddin, masing-masing berusia 17 tahun, terselamat.

Sebelum kejadian, Noraidi bersama Mohd Suhaimi dan Fadlizal menaiki sebuah bot untuk menyeberangi sungai itu kerana hendak ke pasar malam berhampiran pekan Dabong.

Bagaimanapun, bot mereka tiba-tiba terlanggar tebing sungai dipercayai akibat gagal dikawal.

Mangsa dikatakan sempat berenang ke tebing sebelum bertindak terjun semula ke sungai untuk menyelamatkan anak saudara dan rakannya yang masih berada di dalam sungai berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan nekad itu menyebabkan dia dibawa arus deras di sungai berkenaan sebelum dilaporkan hilang.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Saturday January 05, 2008 06:44:16 AM +0800.