|
Minyak masak dicatu - Dihad beli 5 kilogram sahaja seorang
PUTRAJAYA: Mulai minggu depan, orang ramai akan dihadkan membeli minyak masak
maksimum lima kilogram sahaja bagi menangani masalah kekurangan bahan itu yang
semakin meruncing.
Ka Ting pangku jawatan Menteri Kesihatan
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan
pelantikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting
sebagai pemangku Menteri Kesihatan berkuat semalam.
Pulangkan yuran tandas
JOHOR BAHRU: Sebuah sekolah menengah di Permas Jaya di sini telah diarah
memulangkan semula yuran penyelenggaraan tandas sebanyak RM5 yang dikenakan ke
atas para pelajarnya pada Isnin ini.
Lagi..










| |
|
Jumaat
04 Januari 2008 |
25
Zulhijah 1428 |
 |
Dalam Negeri
|
|
Negara tidak akan bankrap jika
harga minyak diturunkan
|
Berita Utama
Nasional
Dalam Negeri
Luar Negara
Rencana
Sukan
|
|
Jumaat | 04
Jan
KUALA
LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) berkata, negara ini tidak akan
bankrup hanya disebabkan kerajaan menurunkan harga minyak.
Setiausaha Agungnya, William JK Leong berkata, partinya menolak kenyataan
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa
negara akan bankrup jika kerajaan menurunkan harga minyak.
Katanya, berdasarkan kenyataan yang dibuat Bendahari Agung KeADILan, Tan Sri
Khalid Ibrahim, peningkatan harga minyak mungkin disebabkan harga minyak
mencecah 100 USD setong.
Peningkatan harganya yang tinggi kata Khalid, disebabkan permintaan
meningkat terutamanya dari negara China dan India akibat berlakunya bencana
alam seperti taufan dan banjir.
Sebaliknya, beliau berkata, peningkatan itu bukan disebabkan peningkatan kos
pengeluaran.
Oleh itu katanya, syarikat-syarikat minyak mendapat keuntungan yang sangat
besar.
Bahkan dakwanya, Petronas dilaporkan mendapat keuntungan RM76 bilion pada
akhir tahun 2007.
"Untuk enam bulan pertama saja pada tahun 2007 Petronas mencatat keuntungan
sebanyak RM42 bilion.
"Subsidi kerajaan selepas tahun 2006 adalah sebanyak RM9.76 bilion iaitu
semasa harga minyak USD75 setong," katanya dalam sidang media mingguan
KeADILan di ibu pejabatnya, dekat sini semalam.
Justeru, katanya, subsidi berkenaan tidak mungkin boleh menyebabkan negara
menjadi bankrup sebagaimana disebut oleh Najib.
Malangya, beliau berkata, wang yang diperolehi Petronas digunakan untuk
projek-projek yang tidak menguntungkan seperti menyelamatkan Bank Bumiputra.
"Dengan ini kami menuntut Najib untuk membentang akaun kira-kira keuntungan
Petronas yang diterima sejak tahun 1974 dan ke manakah wang tersebut
disalurkan," katanya.
|
|