AkhbarDaily

Portal Akhbar Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Berita Terkini

Minyak masak dicatu - Dihad beli 5 kilogram sahaja seorang

PUTRAJAYA: Mulai minggu depan, orang ramai akan dihadkan membeli minyak masak maksimum lima kilogram sahaja bagi menangani masalah kekurangan bahan itu yang semakin meruncing.

Ka Ting pangku jawatan Menteri Kesihatan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan pelantikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting sebagai pemangku Menteri Kesihatan berkuat semalam.

Pulangkan yuran tandas

JOHOR BAHRU: Sebuah sekolah menengah di Permas Jaya di sini telah diarah memulangkan semula yuran penyelenggaraan tandas sebanyak RM5 yang dikenakan ke atas para pelajarnya pada Isnin ini.

Lagi..


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Jumaat 04 Januari 2008

25 Zulhijah 1428

 

bullet

Dalam Negeri

Orang politik antara 16 saksi dipanggil Suruhanjaya Diraja

Berita Utama

bullet

Kes Dr Chua Soi Lek tidak berakhir dengan peletakan jawatan

bullet

Dedikasi terhadap kerja, parti punca kejatuhan saya – Soi Lek

 

Nasional
bullet

Pegawai kastam maut ketika penggambaran

bullet

GMI tetap anjur program bantah ISA 5 Januari ini walau tiada permit

bullet

JPJ guna alat baru uji cermin gelap

 

Dalam Negeri
bullet

Orang politik antara 16 saksi dipanggil Suruhanjaya Diraja

bullet

Negara tidak akan bankrap jika harga minyak diturunkan

bullet

Mayat remaja dibawa arus ditemui terapung

bullet

Sesi persekolahan 2008 lancar

 

Luar Negara
bullet

Tahun lalu paling selamat – IATA

bullet

Bush tak lawat pusara Arafat

bullet

21 pelajar usia 13 tahun mengandung setiap hari

 

Rencana

bullet

Serangan DVD skandal VVIP dijangka merebak ke Pahang

bullet

Bijak merencana azam tahun baru

bullet

LPKP mesti tegas siasat syarikat bas

 

Sukan

bullet

Real Madrid, Barca mara ke pusingan ke-5

bullet

Chelsea dapatkan bintang Serbia

bullet

Liverpool tidak putus asa

bullet

BWF 'dera' pemain negara

 

 

Jumaat | 04 Jan

KUALA LUMPUR: Seramai 16 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan pada persidangan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat klip video memaparkan perbualan telefon seorang peguam berhubung pelantikan hakim-hakim mulai 14 Januari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Haidar Mohamed Noor bagaimanapun enggan mendedahkan nama-nama yang telah disenaraikan oleh Ketua Bahagian Pendakwaan, Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Nordin Hassan dan Ketua Unit Jenayah Perdagangan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Azmi Ariffin berdasarkan klip video tersebut.

Beliau hanya menjelaskan bahawa mereka yang akan dipanggil terdiri daripada pelbagai latar belakang dan jawatan termasuk ahli politik.

‘‘Saksi yang kita bincang tadi 16 orang. Mungkin ada lagi tiga atau empat orang yang kita kenal pasti dalam pita. Tidak semua yang disebut dalam pita itu kita panggil.

‘‘Tak perlulah saya bagi tahu. Pada 14 hari bulan kita mula bicara, tahulah siapa saksi kita panggil. Senarai bercampur- campur (termasuk ahli politik),’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kedua Suruhanjaya Diraja di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, semalam

Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu turut dihadiri oleh anggota-anggota suruhanjaya iaitu bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar; bekas Peguam Cara Negara, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah, Profesor Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Khim.

Turut hadir Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdullah Sani sebagai setiausaha.

Menurut Haidar, jumlah tersebut belum muktamad kerana individu yang membuat rakaman dan individu yang didakwa sedang berbual dengan peguam itu sedang dikesan identiti mereka untuk diambil keterangan.

Katanya, mereka yang mempunyai bukti-bukti relevan serta ingin tampil sebagai saksi juga boleh menghubungi Abdullah selaku setiausaha.

‘‘Tengoklah siapa lagi yang ingin tampil. Boleh maklumkan kepada Datuk Abdullah sekiranya ada bukti-bukti relevan dengan memberi butir-butir lanjut kepada beliau.

‘‘Beliau akan berhubung dengan Datuk Nordin dan Datuk Azmi, kalau buktinya relevan, mungkin akan dipanggil (sebagai saksi),’’ jelas Haidar.

Tambah Haidar, suruhanjaya akan membuat keputusan berhubung jumlah muktamad saksi dan mereka akan disapina untuk hadir memberi keterangan melalui proses biasa.

Beliau juga yakin semua saksi akan bekerjasama dan perbicaraan mungkin selesai dalam tempoh yang lebih singkat bergantung kepada keterangan serta berapa saksi yang dipanggil dalam sehari.

‘‘Datuk Azmi dan Datuk Nordin akan bantu suruhanjaya. Mereka akan bertanyakan soalan kepada saksi-saksi. Anggota-anggota suruhanjaya juga akan berbuat demikian bagi mendapatkan penjelasan misalnya.

‘‘Kami turut menerima surat daripada Majlis Peguam dan wakil majlis itu akan hadir untuk membantu suruhanjaya kelak,’’ katanya lagi.

Ditanya tentang ada pihak yang mempertikai keahlian anggota suruhanjaya, jelas Haidar, ia bukan masalah besar selain tidak akan menghalang suruhanjaya melakukan yang terbaik.

Tambahnya, suruhanjaya juga tidak akan menggunakan kuasa yang diberikan sewenang-wenangnya walau pihak berkenaan boleh dikenakan tindakan kerana menghina.

Sebelum ini, sebanyak 20 saksi telah diambil keterangan oleh BPR termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan dua bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah.

Keterangan juga diambil daripada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tokoh perniagaan, Tan Sri Vincent Tan, seorang bekas Ketua Setiausaha Negara serta beberapa peguam daripada Majlis Peguam.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Saturday January 05, 2008 06:44:16 AM +0800.