AkhbarDaily

Portal Berita Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Ringkas

SPR terima 159,123 permohonan baru

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menerima 159,123 permohonan untuk mendaftar sebagai pemilih baru dalam tempoh antara Oktober hingga Disember lalu dan senarai nama mereka akan dipamerkan di 853 tempat yang disediakan selama seminggu, mulai hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said dalam kenyataan media semalam berkata, SPR turut menerima 54,920 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih dalam tempoh itu, yang akan turut dipamerkan bersama senarai pemilih baru terbabit.

Katanya, antara tempat pameran adalah pejabat pilihan raya negeri (14), pejabat pos berkomputer (417), kompleks atau pejabat kerajaan (54), pejabat daerah atau pejabat tanah (157), majlis daerah atau perbandaran (44), dewan serbaguna, rukun tetangga dan balai raya/penghulu/dewan (155) serta tempat lain (12).

Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie

KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.

Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Sabtu 12 Januari 2008

03 Muharam 1429

 

bullet

Nasional

Adun Tenggaroh mati ditembak dalam lif

Berita Utama

bullet

Adun Tenggaroh mati ditembak dalam lif

 

Nasional
bullet

‘Tidak perlu pilihan raya Tenggaroh’

bullet

Klip video: Dr Mahathir, Mohamed Dzaiddin terima sapina

bullet

Pemimpin Bersih diheret ke mahkamah untuk pendakwaan

bullet

Pas hanya sasar kerusi dimenangi pada 1999

 

Dalam Negeri
bullet

Usaha cari Syarlinie, suspek masih buntu

bullet

40,000 pekerja awam kontrak hadapi risiko hilang kerja

bullet

Cuepacs mahu boikot roti canai

bullet

Rompakan RM1 juta ‘ala koboi’

 

Luar Negara
bullet

Pervez anggap AS penceroboh jika masuki wilayah Pakistan untuk memburu Osama tanpa izin

bullet

Gagal bayar bil: Talian telefon FBI dipotong

bullet

Penduduk Baghdad terkejut dilanda salji

 

Rencana

bullet

Rashid sudah boleh berhenti

bullet

Cari keberkatan menerusi sedekah

bullet

Episod Chua Soi Lek: Takkan pemimpin MCA saja perlu letak jawatan?

 

Sukan

bullet

Anelka sah milik Chelsea

bullet

Klinsmann ganti Hitzfeld latih Bayern Munich

bullet

Newcastle hadapi tugas berat bendung Man United

bullet

McClaren ingin latih pasukan Liga Perdana

 

 

Sabtu | 12 Jan
JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, Datuk S Krishnasamy, mati ditembak di dalam lif bangunan MIC Johor di Jalan Segget di sini, sebelum menghadiri mesyuarat perhubungan parti itu di tingkat dua.

Mayat Krishnasamy, 62, yang berlumuran darah ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam lif itu kira-kira pukul 2.10 petang, oleh kerani di Ibu Pejabat MIC negeri, V Kamala dan Ketua Puteri MIC negeri, Vitayah Mohan, sebaik pintu lif terbuka di tingkat lima bangunan berkenaan.

Kamala dan Vitayah menunggu lif untuk turun ke bilik mesyuarat tingkat dua. Terdapat kesan tembakan pada kepalanya di bawah mata kiri.

Krishnasamy, 62, Adun tiga penggal selain Timbalan Pengerusi MIC Johor dan Ahli Majlis Tertinggi MIC Pusat, terkena satu das tembakan dipercayai di belakang leher.

Ia berlaku beberapa minit selepas beliau menjamu selera bersama para pemimpin MIC tempatan di sebuah restoran di Jalan Trus berdekatan bangunan MIC itu.

Beberapa saksi mendakwa mereka melihat seorang lelaki berusia 20-an tergesa-gesa melarikan diri menaiki motosikal sejurus bunyi tembakan kedengaran.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata polis menerima panggilan jam 2.20 petang memaklumkan mengenai penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah akibat ditembak di bangunan itu.

“Satu pasukan dihantar ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang lelaki terbaring dalam lif tingkat bawah bangunan itu dan pemeriksaan mendapati beliau adalah Adun Tenggaroh, Datuk S Krishnasamy,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, semalam.

Siasatan awal mendapati Krishnasamy keluar dari keretanya di depan bangunan itu dan dalam perjalanan naik ke tingkat dua menggunakan lif, ketika ditembak. Polis menubuhkan pasukan khas membabitkan pegawai kanan, yang mula menyiasat termasuk menjejaki mereka yang disyaki melakukannya.

Bagaimanapun, setakat ini polis tidak pasti motif pembunuhan beliau dan tiada sebarang senjata api ditemui dalam lif itu.

“Saya ingin tegaskan bahawa polis memandang serius kes ini dan tidak mahu orang ramai percaya pada sebarang spekulasi atau khabar angin... biar kita menyiasat dulu,” kata Mohd Mokhtar.

Sementara itu, V Kamala berkata dia terdengar bunyi tembakan ketika menunggu lif di tingkat lima dan sebaik pintu lif terbuka, beliau ternampak mayat seorang lelaki berlumuran darah di dalamnya.

Katanya, ketika kejadian, beliau bersama Vitayah Mohan.

“Beberapa ketika selepas mendengar bunyi tembakan, lif naik ke tingkat lima dan apabila pintunya terbuka, saya dapati ada mayat seorang lelaki berlumuran darah di dalamnya, menyebabkan kami berdua menjerit dan ia kemudian turun ke tingkat dua,” katanya.

Ini adalah kejadian kedua seorang wakil rakyat mati ditembak dalam tempoh 10 tahun lalu.

Pada 4 November 2000, ADUN Lunas, Kedah, Dr. Joe Fernandez, 54, mati ditembak oleh seorang pembonceng motosikal ketika memberhentikan keretanya di satu persimpangan lampu isyarat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Menurut Mokhtar, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes itu dan mereka memulakan siasatan dari pelbagai sudut termasuk mengenal pasti punca dan motif pembunuhan tersebut.

“Beberapa anggota polis yang terdiri daripada pegawai kanan telah memulakan siasatan kes ini. Setakat ini belum ada tangkapan dibuat,” jelasnya.

Ditanya adakah pembunuhan Krishnasamy bermotif politik, Mokhtar berkata:

“Polis masih menyiasat kes ini dan kita minta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang hanya akan mengganggu siasatan.”

Anak perempuan mendiang, K. Rani, 34, yang ditemui di lokasi kejadian kelihatan sebak dan menangis berikutan kejadian tersebut

Katanya, mayat bapanya dibawa ke rumah mayat Hospital Sultanah Aminah di sini untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua MIC Cawangan Taman Datuk Cheelam Tebrau di sini, S. Arumugam adalah antara orang yang sempat makan tengah hari bersama mendiang sebelum kejadian itu.

“Kami serta beberapa pemimpin MIC lain sempat makan tengah hari bersama-sama mendiang yang makan nasi campur dan air kosong. Dia minta diri lebih awal kerana hendak menghadiri mesyuarat,” katanya.

Menurut Arumugam, sebaik sahaja kereta mendiang tiba di bangunan MIC, beliau terdengar bunyi tembakan.

Orang ramai yang berada di sekitar bangunan MIC itu gempar dengan pembunuhan wakil rakyat itu.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu menyebabkan keadaan kelam kabut kerana orang ramai berpusu-pusu mengerumuni bangunan tersebut.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Saturday January 12, 2008 09:18:19 AM +0800.