AkhbarDaily

Portal Berita Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Ringkas

SPR terima 159,123 permohonan baru

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menerima 159,123 permohonan untuk mendaftar sebagai pemilih baru dalam tempoh antara Oktober hingga Disember lalu dan senarai nama mereka akan dipamerkan di 853 tempat yang disediakan selama seminggu, mulai hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said dalam kenyataan media semalam berkata, SPR turut menerima 54,920 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih dalam tempoh itu, yang akan turut dipamerkan bersama senarai pemilih baru terbabit.

Katanya, antara tempat pameran adalah pejabat pilihan raya negeri (14), pejabat pos berkomputer (417), kompleks atau pejabat kerajaan (54), pejabat daerah atau pejabat tanah (157), majlis daerah atau perbandaran (44), dewan serbaguna, rukun tetangga dan balai raya/penghulu/dewan (155) serta tempat lain (12).

Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie

KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.

Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Sabtu 12 Januari 2008

03 Muharam 1429

 

bullet

Luar Negara

Pervez anggap AS penceroboh jika masuki wilayah Pakistan untuk memburu Osama tanpa izin

Berita Utama

bullet

Adun Tenggaroh mati ditembak dalam lif

 

Nasional
bullet

‘Tidak perlu pilihan raya Tenggaroh’

bullet

Klip video: Dr Mahathir, Mohamed Dzaiddin terima sapina

bullet

Pemimpin Bersih diheret ke mahkamah untuk pendakwaan

bullet

Pas hanya sasar kerusi dimenangi pada 1999

 

Dalam Negeri
bullet

Usaha cari Syarlinie, suspek masih buntu

bullet

40,000 pekerja awam kontrak hadapi risiko hilang kerja

bullet

Cuepacs mahu boikot roti canai

bullet

Rompakan RM1 juta ‘ala koboi’

 

Luar Negara
bullet

Pervez anggap AS penceroboh jika masuki wilayah Pakistan untuk memburu Osama tanpa izin

bullet

Gagal bayar bil: Talian telefon FBI dipotong

bullet

Penduduk Baghdad terkejut dilanda salji

 

Rencana

bullet

Rashid sudah boleh berhenti

bullet

Cari keberkatan menerusi sedekah

bullet

Episod Chua Soi Lek: Takkan pemimpin MCA saja perlu letak jawatan?

 

Sukan

bullet

Anelka sah milik Chelsea

bullet

Klinsmann ganti Hitzfeld latih Bayern Munich

bullet

Newcastle hadapi tugas berat bendung Man United

bullet

McClaren ingin latih pasukan Liga Perdana

 

 

Sabtu | 12 Jan
SINGAPURA: Presiden Pakistan, Pervez Musharraf memberi amaran kepada tentera bersekutu pimpinan Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan bahawa mereka akan dianggap sebagai penceroboh dan penyerang sekiranya memasuki wilayah Pakistan tanpa kebenaran.

Pervez memberitahu akhbar Straits Times di sini bahawa tentera AS dan bersekutu tidak dibenarkan masuk kecuali diminta berbuat demikian atas sebab tertentu seperti memburu ketua rangkaian Al- Qaeda, Osama bin Laden.

“Tiada sesiapa yang akan datang ke sini melainkan kami meminta mereka datang dan kami belum meminta mereka berbuat demikian,” kata Pervez dalam wawancara dari Rawalpindi, Pakistan.

Ditanya jika campur tangan unilateral (tanpa persetujuan Islamabad) akan dilihat sebagai serangan, Pervez menjawab:

“Sudah tentu, kerana jika mereka masuk tanpa kebenaran kami, mereka mencabuli kedaulatan Pakistan.”

Bagaimanapun, Presiden itu menyatakan kesediaan untuk bekerjasama bagi melancarkan serangan ke atas kedudukan Osama jika mendapat maklumat sahih mengenai tempat persembunyian ketua Al-Qaeda itu.

Tentera Pakistan bulan ini menyangkal laporan akhbar New York Times bahawa Washington menimbangkan pemberian kuasa baru kepada Pentagon dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) untuk menjalankan operasi sulit di kawasan puak Pakistan di mana militan Al-Qaeda dan Taliban semakin aktif.

Pakistan menghadapi kesukaran untuk membendung keganasan di kawasan puaknya sekalipun telah mengerahkan 90,000 askar ke sana bagi memburu puak militan termasuk Osama.

Namun Pervez tidak fikir tentera AS mampu menjalankan operasi yang lebih berkesan.

“AS seolah-olah menganggap mereka boleh melakukan apa yang tidak boleh dilakukan oleh tentera kami.

“Itu tanggapan yang sangat salah,” kata Pervez.

Beliau mencabar mana-mana tentera untuk memasuki kawasan pergunungan Pakistan.

“Mereka akan menyesal berbuat demikian, situasi di sana bukan mudah,” tegas beliau.

Ratusan gerila Al-Qaeda dan Taliban mencari perlindungan di kawasan bergunung-ganang di barat laut Pakistan selepas tentera pimpinan AS menggulingkan rejim Taliban di Afghanistan berikutan serangan 11 September, 2001.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Saturday January 12, 2008 09:18:19 AM +0800.