AkhbarDaily

Portal Berita Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Ringkas

SPR terima 159,123 permohonan baru

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menerima 159,123 permohonan untuk mendaftar sebagai pemilih baru dalam tempoh antara Oktober hingga Disember lalu dan senarai nama mereka akan dipamerkan di 853 tempat yang disediakan selama seminggu, mulai hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said dalam kenyataan media semalam berkata, SPR turut menerima 54,920 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih dalam tempoh itu, yang akan turut dipamerkan bersama senarai pemilih baru terbabit.

Katanya, antara tempat pameran adalah pejabat pilihan raya negeri (14), pejabat pos berkomputer (417), kompleks atau pejabat kerajaan (54), pejabat daerah atau pejabat tanah (157), majlis daerah atau perbandaran (44), dewan serbaguna, rukun tetangga dan balai raya/penghulu/dewan (155) serta tempat lain (12).

Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie

KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.

Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Sabtu 12 Januari 2008

03 Muharam 1429

 

bullet

Forum

PIBG tidak faham kandungan pekeliling kementerian

Berita Utama

bullet

Adun Tenggaroh mati ditembak dalam lif

 

Nasional
bullet

‘Tidak perlu pilihan raya Tenggaroh’

bullet

Klip video: Dr Mahathir, Mohamed Dzaiddin terima sapina

bullet

Pemimpin Bersih diheret ke mahkamah untuk pendakwaan

bullet

Pas hanya sasar kerusi dimenangi pada 1999

 

Dalam Negeri
bullet

Usaha cari Syarlinie, suspek masih buntu

bullet

40,000 pekerja awam kontrak hadapi risiko hilang kerja

bullet

Cuepacs mahu boikot roti canai

bullet

Rompakan RM1 juta ‘ala koboi’

 

Luar Negara
bullet

Pervez anggap AS penceroboh jika masuki wilayah Pakistan untuk memburu Osama tanpa izin

bullet

Gagal bayar bil: Talian telefon FBI dipotong

bullet

Penduduk Baghdad terkejut dilanda salji

 

Rencana

bullet

Rashid sudah boleh berhenti

bullet

Cari keberkatan menerusi sedekah

bullet

Episod Chua Soi Lek: Takkan pemimpin MCA saja perlu letak jawatan?

 

Sukan

bullet

Anelka sah milik Chelsea

bullet

Klinsmann ganti Hitzfeld latih Bayern Munich

bullet

Newcastle hadapi tugas berat bendung Man United

bullet

McClaren ingin latih pasukan Liga Perdana

 

 

BERHUBUNG isu kadar yuran yang membebankan ibu bapa dan penjaga murid, sebahagiannya berpunca daripada ada pengerusi dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu bapa Guru (PIBG) tidak memahami isi kandungan Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia: SPI Bil 5/2001, yang antara lain menjelaskan peranan dan batasan PIBG di sekolah, misalnya tidak boleh mencampuri ehwal pentadbiran dan pengurusan di sekolah.

Ada PIBG yang cuba berlagak mencampuri urusan berkaitan prasarana dan pembangunan sekolah.

Apabila membuat sesuatu projek pembangunan prasarana di sekolah, maka PIBG akan menggunakan wang kepunyaan ibu bapa pelajar. Walhal, tanggungjawab pembangunan prasarana sekolah adalah bidang tugas jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Apa gunanya peruntukan besar dalam Pelan lnduk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Bajet 2008 yang dibentang Perdana Menteri tahun lalu?

lroninya, jika kekurangan wang, maka dengan mudah Kabinet PIBG pada mesyuarat agung tahunan meminta menaikkan bayaran PIBG yang biasanya dihadiri tidak sampai 25 peratus ibu bapa.

Soal pengawalan dan pengauditan wang PIBG perlu difokuskan. Adakah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan kronisme dalam PIBG boleh diadukan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR)?

Apa yang dinamakan aktiviti program motivasi, tuisyen dan projek pembangunan prasarana sekolah, mungkin berlaku penyelewengan jikalau tiada sesiapapun memantau.

Majoriti ibu bapa tidak mahu bertelagah sesama sendiri dalam PIBG walaupun hati mereka membara kerana pengaliran wang dalam PIBG yang kini mencecah ribuan ringgit, boleh diambil kesempatan oleh AJK PIBG yang tidak jujur.

lstilah yuran PIBG atau bayaran PIBG atau derma PIBG boleh menimbulkan kekeliruan dari aspek semantik dan psikolinguistik.

Pihak sekolah pula, selain mengenakan yuran tambahan, ada pula mengenakan yuran dengan pelbagai istilah seperti yuran kurikulum, kokurikulum, sukan dan komputer. Bagaimana pelaksanaannya?

Kesannya dengan pertindihan ini, jumlah menjadi ratusan ringgit.

Adalah diingatkan, kumpulan wang ini dinamakan Wang Suwa, amat mudah disalah gunakan jika tidak dipantau telus oleh pihak berkuasa.

MEMBELA RAKYAT
Kuala Lumpur.

 

Berita Pendidikan

PIBG tidak faham kandungan pekeliling kementerian

Nyatakan secara jelas larangan cermin gelap

 

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Saturday January 12, 2008 09:18:19 AM +0800.