AkhbarDaily

Portal Berita Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Ringkas

SPR terima 159,123 permohonan baru

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menerima 159,123 permohonan untuk mendaftar sebagai pemilih baru dalam tempoh antara Oktober hingga Disember lalu dan senarai nama mereka akan dipamerkan di 853 tempat yang disediakan selama seminggu, mulai hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said dalam kenyataan media semalam berkata, SPR turut menerima 54,920 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih dalam tempoh itu, yang akan turut dipamerkan bersama senarai pemilih baru terbabit.

Katanya, antara tempat pameran adalah pejabat pilihan raya negeri (14), pejabat pos berkomputer (417), kompleks atau pejabat kerajaan (54), pejabat daerah atau pejabat tanah (157), majlis daerah atau perbandaran (44), dewan serbaguna, rukun tetangga dan balai raya/penghulu/dewan (155) serta tempat lain (12).

Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie

KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.

Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Sabtu 12 Januari 2008

03 Muharam 1429

 

bullet

Dalam Negeri

Usaha cari Syarlinie, suspek masih buntu

Berita Utama

bullet

Adun Tenggaroh mati ditembak dalam lif

 

Nasional
bullet

‘Tidak perlu pilihan raya Tenggaroh’

bullet

Klip video: Dr Mahathir, Mohamed Dzaiddin terima sapina

bullet

Pemimpin Bersih diheret ke mahkamah untuk pendakwaan

bullet

Pas hanya sasar kerusi dimenangi pada 1999

 

Dalam Negeri
bullet

Usaha cari Syarlinie, suspek masih buntu

bullet

40,000 pekerja awam kontrak hadapi risiko hilang kerja

bullet

Cuepacs mahu boikot roti canai

bullet

Rompakan RM1 juta ‘ala koboi’

 

Luar Negara
bullet

Pervez anggap AS penceroboh jika masuki wilayah Pakistan untuk memburu Osama tanpa izin

bullet

Gagal bayar bil: Talian telefon FBI dipotong

bullet

Penduduk Baghdad terkejut dilanda salji

 

Rencana

bullet

Rashid sudah boleh berhenti

bullet

Cari keberkatan menerusi sedekah

bullet

Episod Chua Soi Lek: Takkan pemimpin MCA saja perlu letak jawatan?

 

Sukan

bullet

Anelka sah milik Chelsea

bullet

Klinsmann ganti Hitzfeld latih Bayern Munich

bullet

Newcastle hadapi tugas berat bendung Man United

bullet

McClaren ingin latih pasukan Liga Perdana

 

 

Sabtu | 12 Jan
PETALING JAYA: Selepas hampir 60 jam gerakan besar-besaran diadakan di seluruh negara untuk mencari Sharlinie Mohd Nashar, 5, atau suspek yang disyaki melarikannya dari taman permainan di Taman Medan dekat sini, Rabu lalu, masih menemui jalan buntu.

Walaupun polis dan keluarga mengesahkan menerima banyak maklumat, sama ada mengenai lokasi mangsa atau suspek, namun susulan polis setakat ini belum membuahkan hasil.

Maklumat berhubung mangsa diperoleh termasuk dakwaan Sharlinie dilihat bersama seorang lelaki di Puduraya, Kuala Lumpur dan perhentian bas di Butterworth, Pulau Pinang.

Maklumat terbaru mengenai suspek pula diterima daripada seorang saksi yang mendakwa melihat kelibat lelaki menyerupai lakaran wajah dikeluarkan polis dalam kes itu.

Saksi yang membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah di sini, mendakwa lelaki terbabit yang membonceng motosikal bersama rakannya berada di taman permainan di PJS 2C/11K iaitu tempat mangsa dilarikan antara satu hingga satu setengah jam selepas mangsa dilarikan.

Polis turut menyiasat dan membuat susulan dakwaan kakak mangsa, Sharliena, 8, bahawa adiknya dilarikan seorang wanita menaiki sebuah kereta hitam.

Sehingga kini, ganjaran wang RM5,000 ditawarkan kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga Sharlinie ditemui semula. Wang itu ditawarkan Pusat Perkhidmatan Kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad berkata, polis menerima banyak maklumat dan setiap maklumat diteliti rapi dan dibuat susulan, tetapi mengakui sesetengahnya memerlukan masa untuk untuk diperiksa.

“Hingga kini kita belum dapat kesan mangsa atau suspek dan sedang buat susulan terhadap banyak maklumat yang diterima, termasuk meneliti semula kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di lokasi seperti dilaporkan.

“Maklumat mengenai lokasi kelibat Sharlinie paling jauh dilihat adalah Butterworth dan kita terus membuat susulan dengan bantuan Polis Pulau Pinang.

“Kita juga terima banyak maklumat mengenai suspek yang mendakwa mereka melihat orang menyamai lelaki dalam fotofit dikeluarkan polis di banyak tempat di Lembah Klang, jadi kita juga buat susulan,” katanya pada siang media di IPD di sini, semalam.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata polis yang menubuhkan pasukan khas, mengetatkan kawalan di semua pintu sempadan dan lapangan terbang untuk mencari Sharlinie yang hilang jam 11.30 pagi, Rabu lalu.

Gerakan bersepadu besar-besaran yang bermula semalam itu turut membabitkan langkah mengedarkan poster mangsa dan lakaran wajah suspek ke seluruh negara.

Pasukan khas diketuai Arjunaidi sendiri sedang berusaha menjejak dan mengenal pasti dua suspek berdasarkan lakaran wajah yang diperoleh daripada maklumat saksi.

Arjunaidi berkata, polis juga memerlukan masa menyediakan lakaran wajah wanita yang didakwa melarikan mangsa dengan kereta kerana polis perlu meneliti keterangan diberikan kakak mangsa iaitu Sharliena.

Katanya, Pasukan Gerakan Am (PGA) akan membantu mengedarkan poster mangsa termasuk yang diulang cetak ke semua polis kontinjen negeri dan sempadan, selain penyertaan wakil rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, seorang saksi, Yuslan Yusof, 45, mendakwa melihat dua lelaki termasuk seorang yang menyerupai lakaran wajah suspek menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125 berwarna biru pada hari kehilangan Sharlinie.

“Saya nampak dua lelaki itu bertemu rakan mereka di taman permainan itu antara jam 12 tengah hari dan 1 petang, sebelum berlalu di situ.

“Apabila melihat lakaran wajahnya di akhbar, saya terus membuat laporan polis,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Saturday January 12, 2008 09:18:19 AM +0800.