AkhbarDaily

Portal Berita Online Alternatif Rakyat Malaysia

 

 

 

 

 

 

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan

Wanita | Pendidikan| Forum | Bisnes | Penulis Tamu | IT | Iklaneka

Ringkas

SPR terima 159,123 permohonan baru

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menerima 159,123 permohonan untuk mendaftar sebagai pemilih baru dalam tempoh antara Oktober hingga Disember lalu dan senarai nama mereka akan dipamerkan di 853 tempat yang disediakan selama seminggu, mulai hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said dalam kenyataan media semalam berkata, SPR turut menerima 54,920 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih dalam tempoh itu, yang akan turut dipamerkan bersama senarai pemilih baru terbabit.

Katanya, antara tempat pameran adalah pejabat pilihan raya negeri (14), pejabat pos berkomputer (417), kompleks atau pejabat kerajaan (54), pejabat daerah atau pejabat tanah (157), majlis daerah atau perbandaran (44), dewan serbaguna, rukun tetangga dan balai raya/penghulu/dewan (155) serta tempat lain (12).

Penduduk dakwa nampak 'penculik' Sharlinie

KUALA LUMPUR: Seorang saksi tampil membuat laporan di Pondok Polis Taman Medan semalam, setelah mendakwa ternampak seorang lelaki menyerupai lakaran wajah suspek kes culik. Sharlinie Mohd. Nashar yang disiarkan akhbar tempatan.

Dia yang juga penduduk Taman Medan mendakwa melihat suspek menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z berwarna biru antara pukul 12 tengah hari hingga 1.30 petang di lokasi mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu.


Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 

Rabu 16 Januari 2008

07 Muharam 1429

 

 

Berita Utama

Adun Tenggaroh mati ditembak dalam lif

Sabtu | 12 Jan
JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, Datuk S Krishnasamy, mati ditembak di dalam lif bangunan MIC Johor di Jalan Segget di sini, sebelum menghadiri mesyuarat perhubungan parti itu di tingkat dua.

Mayat Krishnasamy, 62, yang berlumuran darah ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam lif itu kira-kira pukul 2.10 petang, oleh kerani di Ibu Pejabat MIC negeri, V Kamala dan Ketua Puteri MIC negeri, Vitayah Mohan, sebaik pintu lif terbuka di tingkat lima bangunan berkenaan.

Kamala dan Vitayah menunggu lif untuk turun ke bilik mesyuarat tingkat dua. Terdapat kesan tembakan pada kepalanya di bawah mata kiri.

Krishnasamy, 62, Adun tiga penggal selain Timbalan Pengerusi MIC Johor dan Ahli Majlis Tertinggi MIC Pusat, terkena satu das tembakan dipercayai di belakang leher.

Ia berlaku beberapa minit selepas beliau menjamu selera bersama para pemimpin MIC tempatan di sebuah restoran di Jalan Trus berdekatan bangunan MIC itu. Berita selanjutnya..

Tips Berguna Untuk Anda

Ingin Domain & Hosting Sendiri?

Elakkan Daripada Kesilapan

Dapatkan Panduan cPanel

Mula Belajar Membuat Blog

Pilih Model Bisnes Berkesan

Arkib Seminggu

Ahad

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

 

Nasional

‘Tidak perlu pilihan raya Tenggaroh’

Sabtu | 12 Jan
KUALA LUMPUR: Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenggaroh berikutan kematian penyandangnya Datuk S Krishnasamy semalam tidak memerlukan pilihan raya kecil diadakan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor. Berita selanjutnya..

 

Klip video: Dr Mahathir, Mohamed Dzaiddin terima sapina

Sabtu | 12 Jan
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah adalah antara 15 saksi yang disapina untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat klip video memaparkan perbualan telefon seorang peguam berhubung pelantikan hakim-hakim. Berita selanjutnya..

 

Pemimpin Bersih diheret ke mahkamah untuk pendakwaan

Sabtu | 12 Jan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Kuala Lumpur menetapkan 17 Januari depan sebagai tarikh perbicaraan kes 17 orang aktivis Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang ditahan pada 11 Disember lalu atas dakwaan melanggar larangan berhimpun di bangunan Parlimen untuk menyerahkan memorandum membantah pindaan Perlembagaan bagi melanjut tempoh perkhidmatan Pengerusi Suruhannjaya Pilihan Raya (SPR). Berita selanjutnya..

 

Pas hanya sasar kerusi dimenangi pada 1999

Sabtu | 12 jan
TUMPAT: Pas yang sebelum ini mendakwa mampu memenangi 40 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-12 akan datang, kini meletakkan sasaran hanya untuk mengurangkan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN). Berita selanjutnya..

Online Learning and Assesment Package :
( Pakej Pembelajaran dan Penilaian Online )

This package introduces new learning approaches; the self learning techniques. These techniques provide students with options on self-paced learning where students decide on how to conduct their own studies.

Register with us and enhance your learning techniques!

Pakej Istimewa Pembelajaran dan Penilaian Online

 

Dalam Negeri

Usaha cari Syarlinie, suspek masih buntu

Sabtu | 12 Jan
PETALING JAYA: Selepas hampir 60 jam gerakan besar-besaran diadakan di seluruh negara untuk mencari Sharlinie Mohd Nashar, 5, atau suspek yang disyaki melarikannya dari taman permainan di Taman Medan dekat sini, Rabu lalu, masih menemui jalan buntu. Berita selanjutnya..

 

40,000 pekerja awam kontrak hadapi risiko hilang kerja

Sabtu | 12 Jan
BACHOK: Lebih 40,000 kakitangan kontrak yang berkhidmat dalam sektor awam berdepan risiko hilang pekerjaan berikutan tiada mekanisme khusus untuk menyerapkan mereka sebagai kakitangan tetap kerajaan. Berita selanjutnya..

 

Cuepacs mahu boikot roti canai

Sabtu | 12 Jan
BACHOK: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta lebih 1.2 juta ahlinya tidak memilih roti canai sebagai sarapan pagi berikutan harganya yang semakin meningkat. Berita selanjutnya..

 

Rompakan RM1 juta ‘ala koboi’

Sabtu | 12 Jan
SUNGAI PETANI: Empat lelaki bersenjatakan pistol melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM1 juta dalam rompakan nekad ‘ala koboi’ di sebuah kedai emas di Jalan Lencongan Barat, di sini, semalam. Berita selanjutnya..

Berita Ringkas

Majlis Harga atasi harga barang naik

KOTA KINABALU: Kerajaan menubuhkan Majlis Harga dalam usahanya menangani masalah kenaikan harga barang dan kekurangan bekalan terutamanya yang melibatkan barangan kawalan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, penubuhan majlis itu yang dipersetujui oleh mesyuarat Kabinet, dua hari lalu akan dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

 

108 syarikat bas janji tidak naik tambang

KUALA LUMPUR: Semua 108 syarikat bas ekspres dan berhenti-henti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang memiliki kira-kira 3,000 bas berjanji memberi jaminan tidak akan menaikkan tambang, kata Presiden Persatuan Pengusaha Bas Se-Malaysia, Datuk Mohamad Ashfar Ali.

 

Luar Negara

Pervez anggap AS penceroboh jika masuki wilayah Pakistan untuk memburu Osama tanpa izin

Sabtu | 12 Jan
SINGAPURA: Presiden Pakistan, Pervez Musharraf memberi amaran kepada tentera bersekutu pimpinan Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan bahawa mereka akan dianggap sebagai penceroboh dan penyerang sekiranya memasuki wilayah Pakistan tanpa kebenaran. Berita selanjutnya..

 

Gagal bayar bil: Talian telefon FBI dipotong

Sabtu | 12 Jan
WASHINGTON: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bakal menghadapi masalah untuk melakukan pengintipan atau mencuri dengar talian telefon apabila agensi itu gagal menjelaskan bil-bil telefon. Berita selanjutnya..

 

Penduduk Baghdad terkejut dilanda salji

Sabtu | 12 Jan
BAGHDAD: Beribu-ribu penduduk Baghdad terkejut tetapi gembira apabila ibu negara Iraq itu dilanda salji semalam, kali pertama dalam sejarah bandar raya berkenaan dan mengisytiharkannya sebagai petanda keamanan di negara itu. Berita selanjutnya..

Ringkas Dunia

Pesawat terbaru A380 terbabas

SINGAPURA: Sebuah pesawat ‘superjumbo’ terbaru A380 Singapore Airlines yang membawa 446 penumpang, mengalami kerosakan yang disifatkan syarikat penerbangan itu sebagai ‘ringan’ selepas terbabas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, lewat kelmarin.

 

Suharto nazak, tidak sedar diri

JAKARTA: Bekas Presiden Indonesia Suharto kini nazak dan tidak sedarkan diri selepas organ jantung, buah pinggang, paru-paru dan otaknya gagal berfungsi dengan Naib Presiden, Jusuf Kalla, dilaporkan berada di hospital sebagai saksi untuk persediaan pemimpin itu menghembuskan nafas terakhir.

 

Rencana

Rashid sudah boleh berhenti

Oleh: Subky Latif
Kalau betul Tan Sri Abdul Rashid sanggup berhenti dari menjadi Pengerusi SPR jiga terdapat sebarang penyelewengan atau salah urusan dalam perjalanan pilihan raya dan pentadbirannya di SPR, maka dengan enam penyelewengan yang dikemukakan oleh Dato' Sri Anwar Ibrahim baru-baru ini, Tan Sri Abdul Rashid perlu mengambil tindakan untuk mengosongkan kerusinya. Berita selanjutnya..

 

Cari keberkatan menerusi sedekah

Oleh ADNAN ABD HAMID
KITA selalu mengeluh tiap-tiap bulan tentang gaji tidak cukup. Yang bergaji RM500 pun mengeluh tidak cukup. Begitu juga yang bergaji RM2,000 pun mengeluh tak cukup duit. Berita selanjutnya..

 

 

 

Sukan

Anelka sah milik Chelsea

Sabtu | 12 Jan
LONDON: Chelsea sudah berjaya mendapatkan khidmat Nicolas Anelka dari Bolton dengan nilai perpindahan AS$29.4 juta (RM102.9 juta), semalam yang menyaksikan penyerang Perancis itu mengikat kontrak empat setengah tahun. Berita selanjutnya..

 

Klinsmann ganti Hitzfeld latih Bayern Munich

sabtu | 12 Jan
MUNICH: Juergen Klinsmann yang membawa Jerman mendapat tempat ketiga dalam Piala Dunia 2006 akan menjadi jurulatih baru pasukan Bayern Munich menggantikan Ottmar Hitzfeld bermula 1 Julai ini. Berita selanjutnya..

 

Newcastle hadapi tugas berat bendung Man United

Sabtu | 12 Jan
LONDON: Selepas Sam Allardyce dipecat oleh Newcastle United, Pearson, sebagai penolong pengurus pasukan, suka atau tidak, telah ditugaskan untuk mengembalikan keyakinan dan semangat para pemainnya yang mungkin terjejas dengan pergolakan terbaru dalam pasukan tersebut. Berita selanjutnya..

 

McClaren ingin latih pasukan Liga Perdana

LONDON: Bekas pengurus pasukan England, Steve McClaren, berhasrat memimpin pasukan Liga Perdana England. Berita selanjutnya..

Ringkas Sukan

Piala Raja Sepanyol: Real tewas di tangan Mallorca

MADRID: Pendahulu liga Sepanyol, Real Madrid tewas tipis, 1-2 kepada tuan rumah, Real Mallorca pada saingan pusingan pertama Piala Raja Sepanyol (Copa del Rey), awal pagi semalam.

Madrid yang turun tanpa beberapa pemain utama, ketinggalan apabila pemain muda dari Argentina, Oscar Trejo bijak menyempurnakan peluang untuk pasukan tuan rumah mendahului 1-0.

Bagaimanapun Madrid menyamakan kedudukan menerusi tendangan voli cantik oleh Gonzalo Higuain sebelum pemain gantian, Arango memastikan gol kemenangan untuk Mallorca selepas lima minit babak kedua bersambung.

Bagaimanapun Madrid berpeluang menebus kekalahan tersebut apabila kedua-dua pasukan dijadual bertemu semula di Santiago Bernabeu minggu depan. Keputusan penuh..

web site analytic

 NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!

Depan | Nasional | Dalam Negeri | Rencana | Luar Negara | Sukan |Forum |Tips | Hubungi | Maklum Balas | Iklaneka | Terma & Syarat

Pakej Lengkap Perniagaan Internet

 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komentar sila hubungi webmaster kami: akhbardaily99@gmail.com.
 Copyright © 2007 AkhbarDaily. All rights reserved www.akhbardaily.e-usahawan.net
Last updated: Friday February 01, 2008 10:56:59 AM +0800.